awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
Usaha perkasa wanita perlu diperkukuh secara menyeluruh - Ahmad Zahid
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga makanan berasaskan ayam dijangka naik pada Ramadan

Sinar Harian
Sinar Harian
10/03/2022
22:00 MYT
Harga makanan berasaskan ayam dijangka naik pada Ramadan
Persatuan Pengguna Negeri Kedah (Cake) jangka berlaku peningkatan harga makanan berasaskan ayam dijual di bazar Ramadan pada bulan hadapan. -Gambar fail/Bernama
ALOR SETAR: Persatuan Pengguna Negeri Kedah (Cake) menjangkakan berlaku peningkatan harga makanan berasaskan ayam dijual di bazar Ramadan pada bulan hadapan.
Setiausaha Cake, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, berdasarkan pengalaman lepas, kenaikan harga makanan biasanya akan berlaku apabila tiba musim Ramadan ataupun musim perayaan.
Beliau berkata, pihaknya mengandaikan peningkatan harga berasaskan ayam akan berlaku disebabkan permintaan yang tinggi.
“Tidak dinafikan, harga ayam yang mahal hingga mencecah lebih RM9 hingga RM11 sekilogram menjadi tular dalam kalangan pengguna telah turun kepada sekitar RM8.50 sekilogram.
“Harga ayam turun sedikit selepas kerajaan memberi subsidi kepada penternak ayam namun kita tidak menolak kemungkinan harga akan meningkat disebabkan permintaan tinggi pada bulan Ramadan,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Tambah Mohamad Yusrizal, beliau mendapati kebanyakan tapak bazar di negeri ini seperti Jitra dan Kota Setar telah penuh berikutan telah disewa peniaga yang ingin berniaga pada bulan Ramadan.
“Jadi, kemungkinan ada peniaga menyewa tapak bazar ini merancang menjual makanan berasaskan ayam seperti ayam percik dan ayam golek. Jadi, permintaan tinggi dan kenaikan harga berlaku,” katanya.
Ketika mengulas mengenai harga makanan lain, Mohamad Yusrizal menyatakan Cake belum dapat menjangkakan kenaikan harga makanan keperluan lain selain makanan berasaskan ayam.
Beliau bagaimanapun menegaskan, jangkaan berkenaan bukanlah untuk mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengguna, sebaliknya berharap pihak berwajib bersedia sekiranya berlaku kenaikan harga ini.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Persatuan Pengguna Negeri Kedah
#peningkatan harga makanan
#Bazar Ramadan
#Mohamad Yusrizal Yusoff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan