awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
Iran sedia bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan - IRGC
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, labuan, 11 negeri hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga minyak naik lagi, Brent meningkat hingga AS$120 setong

Bernama
Bernama
30/03/2026
07:49 MYT
Harga minyak naik lagi, Brent meningkat hingga AS$120 setong
Harga minyak mentah Brent Laut Utara untuk penghantaran Mei melonjak empat peratus semalaman kepada hampir AS$117 setong (159 liter). -Gambar hiasan
Harga minyak meningkat Isnin pada permulaan minggu dagangan kelima sejak bermulanya perang Iran, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Harga minyak mentah Brent Laut Utara untuk penghantaran Mei melonjak empat peratus semalaman kepada hampir AS$117 setong (159 liter).
Hal itu membawa kepada harga minyak menghampiri paras tertinggi sementara AS$119.50 yang dicapai tiga minggu lepas.
Pada awal pagi, harga berada pada AS$115.55, 2.7 peratus lebih tinggi daripada pada akhir minggu lalu.
Brent meningkat hampir 60 peratus sejak permulaan perang Iran. Harga untuk gred minyak mentah lain juga telah melonjak secara mendadak sejak serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran.
Satu tong minyak mentah WTI AS berharga lebih AS$100 pada pagi Isnin iaitu lebih 50 peratus lebih tinggi sebelum perang Iran bermula.
Lonjakan harga membawa kesan kepada ekonomi dan pengguna di seluruh dunia, antaranya peningkatan kos bahan api.
AS dan Israel meneruskan serangan mereka ke atas Iran. Tentera Israel menyatakan bahawa "infrastruktur ketenteraan" di ibu negara Iran, Tehran, menjadi sasaran, tanpa memberikan butiran lanjut.
Sebelum itu, Presiden AS Donald Trump memuat naik hantaran di platform Truth Socialnya: "Hari yang hebat di Iran," mendakwa tentera AS telah menyerang dan memusnahkan "banyak lokasi yang telah lama disasarkan.”
Iran meneruskan serangan balasnya ke atas Israel dan negara-negara Teluk berdekatan.
Sementara itu, Trump, dalam temu bual dengan Financial Times, berkata beliau mahu menguasai minyak Iran.
-- BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#harga minyak
#Brent
#WTI
#perang Iran
#Donald Trump
#serangan Israel
#pasaran tenaga
#ekonomi global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan