awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Kerajaan tanggung beban pertahan subsidi RON95 - PM Anwar
Konflik Asia Barat: Satu kapal Malaysia terkandas di pelabuhan, enam dalam perjalanan - PM Anwar
Malaysia pada titik penting peralihan ke Bandar AI - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga minyak terus meningkat susulan sekatan perkapalan di Selat Hormuz

Astro AWANI
Astro AWANI
10/04/2026
02:40 MYT
Harga minyak terus meningkat susulan sekatan perkapalan di Selat Hormuz
Setakat jam 1 pagi GMT pada Jumaat, niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 0.87 peratus kepada AS$96.75 setong. - Gambar hiasan
HARGA minyak mentah terus meningkat dalam dagangan awal Asia susulan kebimbangan pelabur terhadap sekatan aliran perkapalan melalui Selat Hormuz, ketika gencatan senjata rapuh antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) terus diuji oleh serangan berterusan Israel ke atas Lubnan.
Setakat jam 1 pagi GMT pada Jumaat, niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 0.87 peratus kepada AS$96.75 setong.
Niaga hadapan minyak mentah AS turut mencatat kenaikan lebih satu peratus.
Kebimbangan pasaran didorong oleh ketidaktentuan di laluan perkapalan strategik Selat Hormuz, yang mengendalikan kira-kira satu perlima daripada bekalan minyak global.
Sekatan trafik kapal di laluan berkenaan mencetuskan kebimbangan gangguan bekalan tenaga dunia.
Presiden AS, Donald Trump, sebelum ini menuduh Iran “melakukan tugas yang sangat buruk” dalam memastikan laluan perkapalan di Selat Hormuz kekal terbuka.
Beliau turut memberi amaran kepada Tehran supaya tidak mengenakan sebarang bayaran ke atas kapal-kapal yang melalui laluan perairan penting itu.
Dalam perkembangan berkaitan, serangan terdahulu ke atas kemudahan pengeluaran minyak Arab Saudi telah menjejaskan kapasiti pengeluaran negara itu kira-kira 600,000 tong sehari, selain mengurangkan aliran pada saluran paip East-West sebanyak 700,000 tong sehari, menurut Agensi Berita Saudi pada Khamis.
Gabungan ketegangan geopolitik di Asia Barat, sekatan perkapalan dan gangguan pengeluaran terus menyokong sentimen kenaikan harga minyak, dengan penganalisis memberi amaran pasaran kekal terdedah kepada lonjakan harga selanjutnya sekiranya konflik berlarutan.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#harga minyak
#Selat Hormuz
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan