awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia tegas desak COC Laut China Selatan tanpa campur tangan luar – PM Anwar
Dua anak lelaki Daim Zainuddin dikenakan waran tangkap
Serangan beruang di Jepun cecah rekod 238 kes dengan 13 kematian pada tahun kewangan 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi menurun 49 peratus - SKMM

Bernama
Bernama
16/04/2019
15:47 MYT
Harga perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi menurun 49 peratus - SKMM
Jumlah langganan jalur lebar tetap meningkat daripada 2.59 juta orang pada 2017 kepada 2.66 juta orang pada 2018. - Gambar hiasan
Harga perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi secara puratanya menurun sebanyak 49 peratus sejak akhir tahun lepas, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Menurut SKMM dalam satu kenyataan, kejayaan itu hasil inisiatif yang dijalankan kerajaan pada tahun lepas bagi menurunkan harga jalur lebar iaitu Kelajuan Berganda Pada Separuh Harga.
Ini menyaksikan jumlah langganan jalur lebar tetap meningkat daripada 2.59 juta orang pada 2017 kepada 2.66 juta orang pada 2018.
Selain itu, seramai 36.8 juta orang pula merupakan pelanggan jalur lebar mudah alih dengan penambahan sebanyak 1.5 juta pelanggan pada 2018.
"Peningkatan itu didorong oleh capaian liputan 3G dan 4G/LTE yang lebih meluas dengan kualiti rangkaian yang lebih baik serta peningkatan persaingan dalam pasaran jalur lebar," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#3G
#4G
#berkelajuan tinggi
#jalur lebar
#kerajaan
#langganan
#LTE
#SKMM
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan