awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga petrol, diesel kekal hingga 21 Feb

Bernama
Bernama
14/02/2024
10:18 MYT
Harga petrol, diesel kekal hingga 21 Feb
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter mulai esok hingga 21 Feb ini. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter mulai esok hingga 21 Feb ini.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM).
"Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan akan mengekalkan harga RON95 pada paras harga siling iaitu RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar kedua-dua produk itu melebihi harga siling ditetapkan," menurut kenyataan itu.
Menurut MOF kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga minyak
#RON95
#RON97
#diesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan