awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Sukan Negara: Jadikan bersukan satu budaya ke arah gaya hidup sihat - PM Najib

Hakim Rahman
Hakim Rahman
08/10/2016
01:01 MYT
Hari Sukan Negara: Jadikan bersukan satu budaya ke arah gaya hidup sihat - PM Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sukan juga menjadi wadah penyatuan bangsa dan meningkatkan semangat patriotisme. - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat negara ini agar menjadikan sukan sebagai satu budaya ke arah gaya hidup sihat.
Katanya sukan juga menjadi wadah penyatuan bangsa dan meningkatkan semangat patriotisme.
"Kalau itulah setakat penyertaan kita hanya pada Hari Sukan Negara, maka sukan sebagai satu wadah tidak dapat melahirkan rakyat Malaysia yang cergas dengan kesihatan yang baik. Ia perlu dijadikan amalan sepanjang tahun," katanya ketika berucap merasmikan Hari Sukan Negara 2016 di Presint 2 di sini pagi tadi.
Definisi Hari Sukan Negara tambahnya tidak boleh hanya terhad untuk bersukan pada hari ini sahaja, tetapi perlu dilakukan setiap hari.
"Kadang-kadang kita tidak perlu bersukan secara formal. Kita boleh berjalan kaki, kalau dua atau tiga tingkat, tak perlu naik lif, ...naik tangga," katanya lagi.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Tambah Najib, Hari Sukan Negara 2016 yang disambut di seluruh negara hari ini mendapat penyertaan lebih tujuh juta rakyat Malaysia, berbanding 5.1 juta pada tahun lalu, membuktikan ia mendapat sambutan yang cukup luas.
Dalam pada itu, Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata tahap kesedaran masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan bersukan semakin meningkat dan dapat dilihat daripada jumlah penyertaan dalam acara-acara sukan yang dianjurkan.
"Kesedaran itu (gaya hidup sihat) sedang meningkat, kalau kita lihat dari segi penyertaan acara-acara sukan terutamanya golongan belia.
"Contohnya mereka yang menyertai acara larian Standard Chartered pada awal penganjurannya bilangan mereka yang menyertai lebih kurang enam ribu peserta, tetapi kini kita dapat lihat peningkatan yang sangat ketara," katanya.
Hari Sukan Negara disambut pada setiap Sabtu minggu kedua bulan Oktober.
Penganjuran kali ini telah memasuki tahun kedua dan dianjurkan secara serentak seluruh negara.
Topic Berkaitan
#Hari Sukan Negara
#masyarakat bersukan
#Najib Razak
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan