awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Warga Emas: Jangan abai kebajikan warga emas

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
01/10/2021
15:02 MYT
Hari Warga Emas: Jangan abai kebajikan warga emas
Kerajaan diminta beri tumpuan kepada warga emas, apatah lagi negara dijangka menjadi negara tua pada 2030. - Gambar hiasan/ Bernama
KUALA LUMPUR: Status Malaysia yang dijangka mencapai status 'negara tua' atau aged nation menjelang tahun 2030 perlu diberi perhatian oleh kerajaan.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, ketika banyak tumpuan diberi kepada perkembangan dan daya saing anak muda, warga emas juga wajar diberi perhatian, terutama dalam apsek kesihatan dan kebajikan.
"Semasa pandemik ini kita boleh nampak bagaimana terkesannya golongan warga emas. Banyak kes di hospital serta kes kematian membabitkan mereka. Lebih memburukkan situasi, ada ramai dalam kalangan mereka ini yang tinggal bersendirian, atau bersama suami isteri.
"Malah ketika kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan KWSP, kita nampak yang ada antara mereka ini tiada simpanan yang cukup. Nak makanpun susah apa lagi nak dapatkan rawatan di hospital," katanya dalam forum khas virtual sempena Hari Warga Emas anjuran United Nations Population Fund (UNPF) Malaysia, pada Jumaat.
Lebih malang bagi mereka yang terpaksa terus bekerja biarpun dalam usia yang sudah lanjut, katanya lagi.
"Saya banyak bertemu warga emas wanita yang bekerja dalam sektor tidak formal, di mana mereka dibayar mengikut hari bekerja. Kalau hari itu kerja, adalah gaji.
"Kerana itu antara cadangan yang saya mahu tekankan berkaitan Rancangan Malaysia ke-12 ialah mewujudkan satu skim khas buat sektor pekerjaan ini supaya kebajikan pekerja terjaga.
"Kerajaan perlu bangunkan skim ini kerana golongan ini paling rentan, mereka memerlukan polisi penjagaan kesihatan yang khusus, dan kerajaan perlu tangani hal ini. Sama juga dalam aspek kewangan.
"Ramai warga emas yang tidak mampu bayar sewa rumah contohnya, ini boleh membawa kepada isu lain seperti meningkatkan jumlah golongan gelandangan," tambahnya.
Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MYAgeing), Dr. Rahimah Ibrahim pula berpendapat, masyarakat perlu mula mengamalkan pendekatan hidup dengan kos, dan melihat fenomena penuaan penduduk dari perspektif yang lebih luas dan bukan hanya pada aspek kesejahteraan sosial.
"Di MyAgeing, kami percaya pada alternatif yang berpotensi dan bermakna perlu digariskan dalam dasar penuaan nasional
"Cabaran hari ini adalah untuk menerapkan pembaharuan sistem perlindungan sosial nasional supaya insentif yang tepat dan perlindungan yang diperlukan dapat diberikan.
"Kita juga memerlukan wacana umum agar orang ramai dapat terus bercakap, membuat perubahan secara terus di lapangan, dan membawa menghala tuju negara dengan mengambil kira suara warga emas," katanya.
Topic Berkaitan
#hari warga emas
#negara tua
#aged nation
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan