awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Haron Din di ICU hospital di San Francisco

Astro Awani
Astro Awani
16/09/2016
01:48 MYT
Haron Din di ICU hospital di San Francisco
Dr Haron Din dikhabarkan berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital di San Francisco. - Gambar fail
Datuk Dr Haron Din dilaporkan kini berada di dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU) ketika menjalani rawatan di sebuah hospital di San Francisco.
Difahamkan, Mursyidul Am PAS itu berlepas ke Amerika Syarikat beberapa hari lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya
Penceramah terkenal Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani menerusi status di laman Facebooknya malam tadi menulis, pihak hospital menghubungi keluarga Dr Haron bagi memaklumkan beliau dimasukkan ke ICU dan meminta keluarganya segera datang.
Pagi ini, beliau kemudiannya mengkhabarkan, Dr Haron berada dalam keadaan "kritikal di pembaringan" dan menafikan berita yang tersebar mengatakan pengamal perubatan Islam yang terkenal itu sudah menemui ajalnya.
@UstAhmadDusuki menafikan berita mengenai kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang tersebar di laman sosial sejak awal pagi tadi.
— BERNAMA Radio (@bernamaradio) September 16, 2016
Dr Haron, yang mempunyai pusat rawatannya sendiri di seluruh negara dikenali dengan nama Darussyifa', dikatakan mengalami komplikasi di jantung.
Turut dilaporkan, dua anak Dr Haron, bersama doktor dan ahli keluarga lain sedang menunggu perkembangan lanjut keadaan kesihatan beliau.
Pada Mac lalu, beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadu sakit dada.
Pada April 2012, Dr Haron Din pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Stanford, San Francisco.
Sementara itu, Pengerusi Darussyifa' Malaysia Abdul Rahman Ahmad turut menafikan sebaran maklumat di media sosial yang mengatakan Dr Haron sudah meninggal dunia.
Ia tidak benar, katanya sambil menegaskan sebarang pengesahan mengenai keadaan Dr Haron harus datang dari keluarga beliau.
"Saya meminta jasa baik seluruh ahli Darussyifa' dan masyarakat untuk terus mendoakan beliau tanpa henti.
"Ketepikan dahulu maklumat tanpa pengesahan," katanya dalam satu kenyataan.
Selain Abdul Rahman, Ahli Jawatankuasa Darussyifa' Ikmal Zaidi Hashim turut mengesahkan bahawa keluarga Dr Haron masih lagi berada di hospital bagi menemani beliau yang bergantung kepada mesin sokongan hayat.
Topic Berkaitan
#Ahmad Dusuki Abd Rani
#Haron Din
#Hospital
#kritikal
#Mursyidul Am Pas
#San Francisco
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan