awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasil siasatan isu pemilikan saham Azam Baki, dakwaan 'mafia korporat' akan didedah bila tiba masanya - Fahmi

Khalis Khadir
Khalis Khadir
01/04/2026
09:56 MYT
Hasil siasatan isu pemilikan saham Azam Baki, dakwaan 'mafia korporat' akan didedah bila tiba masanya - Fahmi
Fahmi berkata, langkah itu akan dibuat selepas semua aspek siasatan selesai dilakukan dan ia perlu menunggu maklum balas daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. - Gambar fail/Bernama
Hasil siasatan terhadap isu pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki serta dakwaan kewujudan 'mafia korporat' dalam suruhanjaya itu akan didedahkan kepada umum apabila tiba masanya.
Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah itu akan dibuat selepas semua aspek siasatan selesai dilakukan dan ia perlu menunggu maklum balas daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
“Komitmen daripada Jemaah Menteri khususnya Perdana Menteri ialah, setelah kedua-dua aspek siasatan selesai, memang akan diumumkan. Itu komitmen daripada Perdana Menteri.
"Kita perlu pastikan siasatan berkenaan selesai sepenuhnya sebelum apa-apa tindakan lanjut berkait pemakluman hasil siasatan terhadap pegangan saham Tan Sri Ketua Pesuruhjaya SPRM boleh didedahkan.
"Bagaimanapun ia terserah kepada Jemaah Menteri, sekiranya bila-bila masa, kita rasakan sudah cukup proses siasatan itu, maka itu terserah kepada Jemaah Menteri untuk dedahkan," katanya dalam sidang media mingguan di Angkasapuri Kota Media pada Rabu.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Shamsul Azri juga sudah beberapa kali memaklumkan terdapat proses yang perlu dipatuhi, sebelum sebarang pengumuman dibuat.
Rentetan itu, Fahmi berkata, pihaknya menyerahkan kepada Shamsul Azri untuk memastikan semua proses berkenaan dituruti.
Pada Selasa, Shamsul Azri dalam satu kenyataan menafikan dakwaan media antarabangsa yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jawatankuasa khas menangguhkan pendedahan hasil siasatan pemilikan saham Azam Baki.
Shamsul Azri berkata, Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap agensi media itu susulan dakwaan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#isu pemilikan saham
#mafia korporat
#SPRM
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan