awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasrat pintas lori roti tidak kesampaian, lelaki maut dirempuh di Dungun

Astro Awani
Astro Awani
03/10/2018
06:37 MYT
Hasrat pintas lori roti tidak kesampaian, lelaki maut dirempuh di Dungun
Kemalangan itu dipercayai berlaku selepas kereta jenis Proton Wira yang dipandu mangsa dikatakan cuba memotong sebuah lori yang membawa muatan roti sebelum bertembung dengan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang guru. - Foto Astro AWANI
Hasrat seorang suami untuk menghantar isterinya ke tempat kerja tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan pada Rabu.
Nahas berlaku di kilometer 70.7 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Batu Tiong, kira-kira jam 7.10 pagi tadi.
Insiden itu menyebabkan mangsa Muhammad Izzudin Afendi, 26, maut selepas lebih satu jam menerima rawatan di Hospital Dungun.
Turut cedera dalam kemalangan tersebut ialah isterinya Nurul Baizura A. Bakar , 25, yang bertugas sebagai seorang penyelia asrama di Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah.
Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
Kemalangan itu dipercayai berlaku selepas kereta jenis Proton Wira yang dipandu mangsa dikatakan cuba memotong sebuah lori yang membawa muatan roti sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu oleh seorang guru.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun Superitendan, Baharudin Abdullah berkata impak dari pertembungan tersebut, mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.
Seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun mengambil masa kira - kira sepuluh minit bagi mengeluarkan mangsa.
Mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Dungun untuk dibedah siasat dan urusan pengebumian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Topic Berkaitan
#bomba
#Dungun
#guru
#Hospital
#kemalangan
#kereta
#mangsa
#maut
#mayat
#Nahas
#Proton
#Toyota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan