awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hibrid orkid baharu dinamakan Dendrobium Dr Wan Azizah

Bernama
Bernama
14/12/2023
07:22 MYT
Hibrid orkid baharu dinamakan Dendrobium Dr Wan Azizah
Dr Wan Azizah (kanan) menerima Sijil Pendaftaran Nama Orkid Dendrobium Dr Wan Azizah daripada Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Fadlun Mak Ujud pada perasmian Orkid Putrajaya 2023 di Taman Botani hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Sejenis spesies hibrid orkid baharu dinamakan sebagai Dendrobium Dr Wan Azizah, sempena nama isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan diperkenalkan pada majlis perasmian Orkid Putrajaya 2023 di Taman Botani di sini hari ini.
Pengarah Komunikasi Perbadanan Putrajaya (PPj) Norzita Abdul Razak dalam kenyataan sempena majlis perasmian Orkid Putrajaya 2023 oleh Dr Wan Azizah itu berkata hibrid orkid itu telah didaftarkan dengan persatuan Royal Horticultural Society (RHS), London.
"Dendrobium baharu ini telah dihasilkan daripada kacukan Dendrobium Penang Little Magic sebagai induk betina dengan Dendrobium Seah Koko sebagai induk jantan.
"Hibrid orkid baharu ini mengeluarkan bunga berlatarkan warna coklat dan lima sepal berbentuk kerinting dengan labellum bunga berwarna coklat kemerahan dengan warna putih di tengah," katanya.
Norzita berkata setangkai spesies bunga berkenaan boleh mengeluarkan 15 hingga 20 kuntum bunga yang mampu bertahan lebih sebulan di pokok.
"Keratan bunganya bertahan lebih dua minggu dan hibrid ini amat sesuai digunakan sebagai bunga pameran dan hiasan kerana keunikan bentuk bunga yang kerinting dan rajin berbunga," katanya.
Norzita berkata festival Orkid Putrajaya 2023 yang berlangsung tujuh hari bermula hari ini menyajikan pameran pelbagai spesies orkid khas untuk penggemar bunga-bungaan di negara ini dan menyasarkan kehadiran 100,000 pengunjung sepanjang program berlangsung.
Sempena cuti sekolah ini, PPj menggalakkan orang ramai berkunjung ke pameran tersebut dan kemasukan adalah percuma.
"Penganjuran acara ini juga bertujuan memperkenal dan mempamerkan koleksi dan spesies orkid khas, jarang ditemui dan unik yang terdapat di Malaysia," katanya menambah pengunjung juga berpeluang menyaksikan dengan lebih dekat 20 jenis orkid VIP yang dinamakan sempena kalangan kerabat diraja dan orang kenamaan yang akan dipamerkan di dalam Galeri Orkid tertutup.
Antara orkid VIP termasuk Papilionanda Sultan Idris Shah, Holttumara Tuanku Zara, Renanthera Kalsom dan Phalaenopsis Do Bru Queen Saleha.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#spesies hibrid orkid baharu
#Wan Azizah Wan Ismail
#Dendrobium Dr Wan Azizah
#Orkid Putrajaya 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan