awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Himpunan 505" di T'ganu diminta tukar tempat dan tarikh

Bernama
Bernama
20/05/2013
06:39 MYT
"Himpunan 505" di T'ganu diminta tukar tempat dan tarikh
Pihak polis meminta penganjur 'Himpunan 505' supaya menukarkan tarikh dan lokasi perhimpunan mereka yang dijadual berlangsung di Kuala Ibai pada Khamis ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Shamsuddin berkata notis awal yang diberikan pihak penganjur kurang daripada 10 hari perhimpunan hendak diadakan seperti yang ditetapkan Akta Perhimpunan Aman 2012.
Beliau berkata lokasi yang dipilih juga tidak sesuai kerana berdekatan jalan utama, kawasan perumahan, kawasannya yang sempit selain mengambil kira faktor keselamatan orang ramai.
"Kita ada menerima surat pemberitahuan berhubung himpunan itu dari pihak penganjur semalam dan kita dapati ia jelas tidak menepati akta perhimpunan aman yang ditetapkan.
"Jadi kita minta mereka meminda tarikh dan mencari lokasi yang lebih sesuai," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Zamri berkata pihak polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika pihak gagal mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan.
Topic Berkaitan
#Himpunan 505
#Pakatan Rakyat
#PKR
#PRU-13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan