awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Himpunan Rakyat Bersatu adalah reaksi kepada Bersih 4 - Abu Zahar Ujang

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
17/09/2015
08:49 MYT
Himpunan Rakyat Bersatu adalah reaksi kepada Bersih 4 - Abu Zahar Ujang
Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan semalam adalah reaksi kepada perhimpunan Bersih 4.0, kerana setiap setiap tindakan akan mempunyai reaksinya.
Himpunan Rakyat Bersatu yang berlangsung pada Rabu adalah reaksi kepada perhimpunan Bersih 4, kata Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
“Dalam perlembagaan ada hak untuk berhimpun. Hari itu, (perhimpunan) Bersih diadakan. Bersih pun dibenarkan. Tetapi apabila Bersih dibenarkan, saya dimaklumkan ada gejala-gejala pijak-memijak dan caci-mencaci.
“Apa yang berlaku semalam menunjukkan bahawa ekoran daripada tindak-tanduk itu, maka reaksinya ada,” kata Abu Zahar.
Tambahnya, mereka yang tidak suka kepada pemimpin tertentu boleh menggunakan kuasa demokrasi dan bukannya emosi yang boleh mengganggu-gugat keamanan negara.
“Kita kena hormat pemimpin. Kalau tak suka pemimpin, tunggu lima tahun. Dan gunakan kuasa demokrasi untuk bertindak sewajarnya.
"Jangan gunakan emosi, sentimen yang boleh menghuru-harakan kepentingan, keselamatan, keharmonian negara," kata Abu Zahar.
Beliau dalam pada itu memuji peserta Himpunan Rakyat Bersatu yang menurutnya telah menunjukkan semangat Melayu bersatu dan menggambarkan perpaduan yang jitu.
“Melayu mesti bersatu dan jangan berpecah-belah,” ujarnya.
GALERI FOTO: HIMPUNAN RAKYAT BERSATU BERLANGSUNG DI IBU NEGARA PADA AHAD
BACA: HIMPUNAN RAKYAT BERSATU: PROVOKASI BERTERUSAN DIPERCAYAI PUNCA MERIAM AIR DILEPASKAN
Topic Berkaitan
#Abu Zahar Ujang
#Bersih
#Himpunan Rakyat Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan