awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penolong pengurus rugi lebih RM1.3 juta angkara "phone scam"
Seludup e-waste: Veteran ATM bersara awal diserap untuk perkuat AKPS - Shuhaily
KKM batal notifikasi produk kosmetik beracun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungan rakyat dengan rakyat tonggak kerjasama Malaysia-India - Pesuruhjaya Tinggi

Bernama
Bernama
09/02/2026
13:00 MYT
Hubungan rakyat dengan rakyat tonggak kerjasama Malaysia-India - Pesuruhjaya Tinggi
Anwar bersama Modi di Kompleks Seri Perdana. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Hubungan sejarah dan budaya yang terjalin sekian lama, berpaksikan komuniti India di Malaysia, terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan antara Malaysia dan India, kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Muzaffar Shah Mustafa.

Ringkasan AI
  • Komuniti India di Malaysia memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan antara Malaysia dan India, dengan kira-kira 200,000 rakyat Malaysia memegang kad Warganegara Luar Negara India (OCI) dan Orang Asal India (PIO).
  • Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, Datuk Muzaffar Shah Mustafa, menekankan penglibatan rakyat dengan rakyat sebagai tonggak utama bagi hubungan dua hala yang lebih kukuh, sambil mendorong rakyat Malaysia untuk merasai pengalaman di India bagi memperkukuh hubungan.
  • Penglibatan peringkat tinggi baru-baru ini dan hubungan peribadi yang erat antara pemimpin Malaysia dan India telah memperkukuh kepercayaan bersama, membolehkan perbincangan terbuka dan telus dalam menangani pelbagai isu di tengah-tengah ketidaktentuan global.

Bercakap dalam program televisyen Bernama World, beliau berkata kira-kira 200,000 rakyat Malaysia memegang kad Warganegara Luar Negara India (OCI) dan Orang Asal India (PIO), mencerminkan ikatan sejarah dan budaya bersama yang membantu merapatkan hubungan kedua-dua negara.
Beliau menegaskan bahawa penglibatan rakyat dengan rakyat yang lebih mendalam akan kekal menjadi tonggak utama bagi hubungan dua hala yang lebih kukuh.
Sehubungan itu, beliau menggalakkan rakyat Malaysia untuk merasai sendiri pengalaman berada di India bagi membina hubungan yang lebih erat antara penduduk kedua-dua negara.
"Kami berharap anda akan datang, mendapat pemahaman yang lebih baik dan mengambil segala peluang untuk membantu merapatkan lagi hubungan kedua-dua negara," katanya.
Selain hubungan rakyat dengan rakyat, Muzaffar berkata penglibatan peringkat tinggi baru-baru ini telah memperkukuh kepercayaan bersama, disokong oleh hubungan peribadi yang erat antara pemimpin kedua-dua negara.
Terbaharu, Perdana Menteri India Narendra Modi telah mengadakan lawatan ke Malaysia pada 7 dan 8 Feb atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai membalas lawatan pemimpin Malaysia itu ke India pada Ogos 2024.
Beliau berkata hubungan baik itu membolehkan perbincangan yang lebih terbuka dan telus, sekali gus membolehkan kedua-dua pihak menangani pelbagai isu dengan mudah serta penuh persefahaman, faktor yang semakin penting di tengah-tengah ketidaktentuan global.
"Situasi global kini semakin tidak menentu. Segalanya bukan lagi seperti biasa, dan kita tidak boleh lagi bergantung semata-mata kepada pasaran tradisional," katanya.
Sementara itu, Muzaffar menggesa rakyat Malaysia untuk mengalami sendiri suasana di India daripada hanya bergantung kepada naratif media yang terpilih dan sering kali terhad, sambil menyatakan bahawa persepsi terhadap negara itu selalunya dibentuk oleh pendedahan yang sempit.
Beliau berkata gambaran media mengenai India kadangkala tertumpu kepada elemen negatif atau sensasi, berbanding membentangkan gambaran negara yang lebih lengkap dan seimbang.
Apabila orang bercakap mengenai India, mereka sering hanya memikirkan bandar raya seperti New Delhi, Mumbai atau Chennai, namun negara itu sebenarnya jauh lebih pelbagai daripada apa yang disedari oleh kebanyakan rakyat Malaysia, katanya.
"India mempunyai 28 negeri dan beberapa wilayah kesatuan, dengan pelbagai bahasa dituturkan serta budaya berbeza diamalkan di setiap wilayah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hubungan dua hala
#hubungan sejarah
#elemen negatif
#hubungan peribadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan