awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat, ribut petir berlanjutan dua hari lagi - MetMalaysia

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
29/05/2018
06:17 MYT
Hujan lebat, ribut petir berlanjutan dua hari lagi - MetMalaysia
Ketua Pengarah Meteorologi Malaysia, Alui Bahari berkata hujan berserta ribut petir itu dijangka akan berlaku di sebelah petang terutama di kawasan utara Semenanjung Malaysia dan di pantai barat. - Foto Fail
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan kejadian hujan berserta ribut petir akan berlanjutan dalam tempoh satu atau dua hari akan datang.
Ketua Pengarahnya, Alui Bahari berkata kejadian itu dijangka akan berlaku di sebelah petang terutama di kawasan utara Semenanjung Malaysia dan di pantai barat.
Bagaimanapun, pihaknya hanya akan mengeluarkan kenyataan amaran hujan berserta ribut petir akibat dalam tempoh tiga atau empat jam sebelum kejadian.
"Berkenaan hujan beserta ribut petir, kita (MetMalaysia) mengeluarkan amaran, namun amaran dikeluarkan dalam tiga atau empat jam sebelum ribut pertir.
"Ini kerana tempoh ribut petir ialah suatu keadaan yang tempoh hayatnya pendek dan mempunyai lokasi yang setempat sekaligus keadaan ini mengekang kita untuk mengeluarkan amaran bagi satu hari ataupun dua hari.
"Dari segi keadaan ribut petir itu sendiri memang sudah kita jangkakan akan berlaku pada sebelah petang yang agak sukar untuk kita tentukan dari arah mana, namun boleh kita katakan di sebelah utara Semenanjung dan pantai barat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Menurut beliau, kejadian hujan berserta ribut petir itu adalah disebabkan tempoh peralihan Monsun Timur Laut yang bermula pada Mac lalu dan dijangka berakhir beberapa hari lagi.
Topic Berkaitan
#hujan
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#MetMalaysia
#monsun timur laut
#peralihan monsun
#ribut petir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan