awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat, ribut petir di Kuala Lumpur, enam negeri sehingga 3 petang

Bernama
Bernama
22/09/2025
06:16 MYT
Hujan lebat, ribut petir di Kuala Lumpur, enam negeri sehingga 3 petang
Kawasan terjejas termasuk Bentong, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Lumpur (foto), Jelebu, beberapa daerah di Johor, Sabah dan Sarawak. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga 3 petang.

Ringkasan AI
  • MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga 3 petang.
  • Kawasan terjejas termasuk Bentong, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Jelebu, beberapa daerah di Johor, Sabah dan Sarawak.
  • Orang ramai dinasihatkan berwaspada dan merancang perjalanan bagi mengelakkan risiko akibat cuaca buruk.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 1 tengah hari tadi, MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka menjejaskan Bentong di Pahang, selain beberapa kawasan di Selangor (Klang, Gombak dan Petaling) serta Kuala Lumpur.
Keadaan sama diramal melanda Negeri Sembilan (Jelebu) dan Johor (Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Di Sabah, kawasan pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Kota Kinabalu dan Tuaran) serta Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) turut dijangka mengalami keadaan cuaca serupa.
Sementara itu di Sarawak, kawasan terjejas ialah Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu) serta Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#ribut petir
#hujan lebat
#cuaca buruk
#angin kencang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan