awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hutan Bandar Johor Bahru bakal berwajah baharu, projek naik taraf RM10.3 juta siap 2026

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
25/10/2025
05:26 MYT
Hutan Bandar Johor Bahru bakal berwajah baharu, projek naik taraf RM10.3 juta siap 2026
Onn Hafiz (tengah) berkata projek di kawasan seluas lebih 50 ekar itu dijangka memberi nafas baharu kepada pusat riadah yang menjadi nadi hijau di tengah-tengah bandar raya Johor Bahru. -Foto Facebook
JOHOR BAHRU: Hutan Bandar Johor Bahru bakal berwajah baharu dengan pelaksanaan projek naik taraf kemudahan awam dan rekreasi yang sedang giat dijalankan melibatkan peruntukan sebanyak RM10.3 juta di bawah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Ringkasan AI
  • Hutan Bandar Johor Bahru sedang dinaik taraf dengan peruntukan RM10.3 juta oleh MBJB melibatkan tiga zon utama: pengindahan, rekreasi dan permainan, bagi memperkukuh persekitaran riadah yang selesa dan inklusif.
  • Projek ini merangkumi pembinaan pintu gerbang, laluan semula jadi, taman rama-rama, tapak perkhemahan, kolam kanak-kanak dan aktiviti lasak seperti flying fox, serta naik taraf Anjung Selera dan sistem infrastruktur sekitar TMIYC.
  • Inisiatif ini menyokong pelancongan hijau menjelang Tahun Melawat Johor 2026 dan memperkukuh identiti Johor Bahru sebagai bandar raya yang bersih, selamat dan berdaya huni.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, projek yang dilaksanakan di kawasan seluas lebih 50 ekar itu dijangka memberi nafas baharu kepada pusat riadah yang menjadi nadi hijau di tengah-tengah bandar raya Johor Bahru.
"Selain projek utama ini, kerja-kerja lain turut dilaksanakan bagi mempertingkatkan infrastruktur dan pengalaman pengunjung termasuklah naik taraf Anjung Selera Hutan Bandar serta kerja naik taraf sistem perparitan, elektrikal, dan pejalan kaki di sekitar Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) dan Jalan Yahya Awal.
"Semua usaha ini dilaksanakan bagi mewujudkan persekitaran yang lebih selesa, bersih dan inklusif," katanya menerusi perkongsian di akaun Facebooknya.
Jelas Onn Hafiz lagi, pembangunan tersebut dibahagikan kepada tiga zon utama merangkumi aspek pengindahan, rekreasi dan permainan bagi meningkatkan pengalaman pengunjung.
"Zon 1 menumpukan kepada pengindahan dan utiliti termasuk pembinaan pintu gerbang serta laluan semula jadi, manakala Zon 2 memberi fokus kepada kemudahan rekreasi seperti tapak perkhemahan, taman rama-rama, dan laluan ‘boardwalk’.
"Bagi Zon 3 pula, kawasan permainan akan dipertingkat dengan penyediaan kolam kanak-kanak serta aktiviti lasak seperti ‘flying fox’ yang dijangka menarik lebih ramai pengunjung," katanya.
Semua usaha ini bertujuan mewujudkan persekitaran riadah yang lebih selesa, bersih dan inklusif bagi warga Johor Bahru serta pelancong.
TMIYC yang terletak dalam kawasan Hutan Bandar terus menjadi tumpuan anak muda menerusi pelbagai aktiviti mingguan dan bulanan seperti JB Muzika, JB Fit, JB Glowalk serta acara ekstrem termasuk skateboard dan Climb 4 Fun.
Usaha itu selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Johor menjadikan negeri ini sebagai hab pembangunan belia yang berdaya maju, bersemangat, dan berpotensi tinggi.
Projek ini juga, katanya, menjadi sebahagian daripada persiapan menjelang Tahun Melawat Johor 2026 yang memberi tumpuan kepada pelancongan hijau dan kesejahteraan komuniti bandar.
Hutan Bandar dijangka muncul sebagai destinasi riadah keluarga dan ikon kelestarian baharu yang mencerminkan keseimbangan antara pembangunan dan alam sekitar.
Inisiatif ini diharap akan memperindah wajah Johor Bahru sebagai bandar raya yang bersih, selamat dan berdaya huni, sekali gus memperkukuh identiti Johor sebagai negeri maju dan makmur.
Topic Berkaitan
#Hutan Bandar naik taraf
#Hutan Bandar berwajah baharu
#Destinasi riadah keluarga lebih selesa
#Memperkukuh identiti Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan