awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu dan anak rentung, dua lagi melecur dalam kebakaran di Seputeh

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
26/06/2022
07:27 MYT
Ibu dan anak rentung, dua lagi melecur dalam kebakaran di Seputeh
Mangsa yang berusia 62 tahun dan anak perempuannya yang berusia 31 tahun itu ditemukan dalam bilik berasingan di tingkat tiga kediaman mereka. - Foto Bomba KL
KUALA LUMPUR: Dua beranak ditemukan rentung manakala dua lagi ahli keluarga mereka melecur dalam satu kejadian kebakaran di sebuah rumah banglo tiga tingkat di Tiara Villa Residensi, Taman United, di sini, pada Ahad.
Mangsa seorang wanita yang berusia 62 tahun dan anak perempuannya yang berusia 31 tahun itu ditemukan meninggal dunia di dalam bilik berasingan di tingkat tiga.
Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh, Pantai, Sri Petaling dan Hang Tuah bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.22 pagi.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira 30 hingga 40 minit untuk memadamkan kebakaran itu.
"Siasatan di tempat kejadian, pasukan penyelamat menemukan dua wanita yang mati rentung," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Amihizam memberitahu, pihaknya masih lagi menyiasat punca kejadian.
Pada ketika ini katanya, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat.
Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kebakaran itu diminta tampil memberi keterangan di mana-mana balai polis berhampiran dengan segera.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#mati rentung
#mati mengejut
#dua beranak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan