awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Identiti kapal, 16 anak kapal rakyat Malaysia sedang dikenal pasti - Wisma Putra

Bernama
Bernama
31/12/2019
02:48 MYT
Identiti kapal, 16 anak kapal rakyat Malaysia sedang dikenal pasti - Wisma Putra
SAIFUDDIN: Setakat ini, kami telah mendapat beberapa maklumat baru, tetapi masih perlu pengesahan identiti rakyat Malaysia belum dapat dikenal pasti. -Gambar fail
Identiti kapal dan 16 anak kapal rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Iran berhampiran pintu masuk ke Selat Hormuz semalam, kerana disyaki membawa bahan api seludup sedang dikenal pasti.
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah ketika dihubungi Bernama berkata Malawakil (Pejabat Perwakilan Malaysia) di Iran sedang mendapatkan maklumat terperinci berhubung perkara itu.
BACA: Iran rampas kapal disyaki seludup minyak, 16 kru warga Malaysia ditahan
“Setakat ini, kami telah mendapat beberapa maklumat baru, tetapi masih perlu pengesahan… identiti rakyat Malaysia belum dapat dikenal pasti.
"Kenyataan rasmi berhubung perkara ini akan dikeluarkan Wisma Putra nanti,” katanya kepada Bernama.
Semalam, media antarabangsa melaporkan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), merampas sebuah kapal disyaki menyeludup bahan api dan menahan 16 anak kapal warga Malaysia.
Menurut laporan itu, pihak berkuasa merampas 1.3 juta liter bahan api yang diseludup, daripada kapal tidak dinamakan, yang berada 15 batu nautika dari pulau Abu Musa.
-BERNAMA
Topic Berkaitan
#bahan api seludup
#IRGC
#kapal tangki
#Malawakil
#Pejabat Perwakilan Malaysia
#Pengawal Revolusi Iran
#rakyat Malaysia
#Saifuddin Abdullah
#Selat Hormuz
#seludup minyak
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan