awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes seleweng dana tidak melibatkan institusi zakat - SPRM
Agong berkenan hulur kurniaan peribadi bantu mangsa kebakaran di Sandakan
Zakat Selangor tegaskan tiada kaitan dengan kes seleweng dana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikhlas jaga ibu, wanita OKU penglihatan bersyukur terpilih tunai haji

Hilal Azmi, Essan Yahya
Hilal Azmi, Essan Yahya
22/04/2026
04:48 MYT
Ikhlas jaga ibu, wanita OKU penglihatan bersyukur terpilih tunai haji
Siti Hadijah (kiri) menganggap keikhlasan menjaga Allahyarham ibunya itu mungkin menjadi asbab dia terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini. - Gambar/ Bernama
Walaupun berstatus orang kurang upaya (OKU) penglihatan, Siti Hadijah Abu Bakar, 50, tidak menjadikan kekurangan dirinya sebagai penghalang untuk berbakti menjaga ibunya dengan penuh kasih sayang sepanjang hayat wanita itu.
Baginya, itu sahajalah cara untuk membalas jasa ibunya yang berkorban segala-galanya untuk membesarkan dia dan tujuh adik-beradiknya, dengan enam daripada mereka mengalami masalah penglihatan.
Justeru, dia menganggap keikhlasan menjaga Allahyarham ibunya itu mungkin menjadi asbab dia terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini.
Katanya, peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci bukan sekadar rezeki malah dia percaya jemputan bagi menunaikan rukun Islam kelima tersebut merupakan rahmat yang hadir bersama doa seorang ibu yang tidak pernah putus.
“Saya betul-betul tak sangka boleh sampai ke sini. Ini semua dengan izin Allah,” katanya dengan nada sebak ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Dilahirkan dalam keluarga serba kekurangan, Siti Hadijah yang mesra disapa 'Kak Jah' berkongsi kisah tidak menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk mengabaikan tanggungjawab menjaga ibu, dan pada masa sama membesarkan lima orang cahaya matanya.
“Kak Jah hanya menjalankan tugas seorang anak yang berkhidmat untuk mak sampai akhir hayat. Kak Jah tidak mahu apa-apa balasan sebab bantu mak, biarlah Allah yang balas,” katanya.
Lebih menyentuh hati, perjalanan suci Siti Hadijah ditemani seorang insan yang tidak mempunyai pertalian darah namun hadir sebagai ‘mata dan telinga’ buat dirinya sepanjang berada di Tanah Suci.
Insan berkenaan, Nur Asma A Samat, 40, merupakan guru besar di Pusat Tahfiz Al-Hidayah, Jalan Gurney, Kuala Lumpur, yang merupakan pusat pengajian anak Siti Hadijah.
Hubungan yang bermula antara ibu dan guru itu kemudian berkembang menjadi persahabatan erat, hingga membawa mereka bersama-sama ke Tanah Suci.
“Kalau bukan kerana pertolongan dia, mungkin saya tidak sampai ke sini,” kata Nur Asma
Nur Asma menyifatkan peluang menemani Siti Hadijah sebagai satu ketentuan dan amanah besar daripada Allah SWT selepas hasratnya untuk menunaikan haji yang dipendam sejak 2017 akhirnya dimakbulkan melalui rayuan kali ketiga tahun ini.
“Alhamdulillah, rayuan kami diterima dan saya percaya mungkin kerana (keberkatan) Kak Jah juga Allah membuka jalan untuk kami sampai ke sini,” katanya.
Topic Berkaitan
#haji 2026
#Madinah
#OKU
#ibu sakit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan