awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jepun akan keluarkan tambahan rizab minyak kecemasan
Adik cedera diserang abang menggunakan parang
Lubnan sebahagian yang "tidak dapat dipisahkan" daripada gencatan senjata - Speaker Parlimen Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen N. Sembilan tahan 66 pendatang asing di 17 lokasi

Bernama
Bernama
09/04/2026
06:55 MYT
Imigresen N. Sembilan tahan 66 pendatang asing di 17 lokasi
Kesemua yang ditahan berusia antara 18 hingga 55 tahun membabitkan 61 lelaki dan lima wanita terdiri daripada warga Indonesia, Nepal, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Myanmar dan India. - Foto FB Jabatan Imigresen Negeri Sembilan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan menahan 66 pendatang asing menerusi operasi penguatkuasaan di 17 lokasi termasuk sebuah restoran terkemuka di Seremban 2 bermula pagi semalam sehingga awal pagi tadi.
Pengarah JIM Negeri Sembilan Kennith Tan Ai Kiang berkata kesemua yang ditahan berusia antara 18 hingga 55 tahun membabitkan 61 lelaki dan lima wanita terdiri daripada warga Indonesia, Nepal, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Myanmar dan India.
“Operasi ini dilaksanakan hasil aduan dan maklumat orang awam serta risikan yang dijalankan selama seminggu di sekitar kawasan berkenaan.
“Antara kesalahan dikenal pasti termasuk tidak memiliki pas atau dokumen perjalanan yang sah, tinggal melebihi tempoh dibenarkan serta kesalahan lain di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kesemua tahanan kini ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendatang asing
#jabatan imigresen
#Negeri Sembilan
#ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan