awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
Konflik Asia Barat: Trump beri amaran Iran boleh dilumpuhkan dalam satu malam jika ingkar perjanjian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen tahan 46 pendatang tanpa izin di Nilai

Bernama
Bernama
18/12/2025
01:45 MYT
Imigresen tahan 46 pendatang tanpa izin di Nilai
Semua pendatang tanpa izin yang ditahan dalam operasi di sebuah kilang besi di Nilai semalam ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng untuk tindakan lanjut. - Foto Imigresen Negeri Sembilan
SEREMBAN: Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 46 pendatang tanpa izin atas pelbagai kesalahan menerusi operasi di sebuah kilang besi, Nilai di sini, semalam.
Pengarahnya Kennith Tan Ai Kiang berkata kesemua yang ditahan dalam operasi lebih empat jam bermula 9 pagi itu adalah lelaki Bangladesh berusia antara 18 dan 43 tahun.
"Tindakan penguatkuasaan diambil susulan aduan awam berhubung pendatang tanpa izin," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata antara kesalahan dilakukan ialah tiada pas dan dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa dan kesalahan lain mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Semua ditahan ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imigresen
#pendatang tanpa izin
#Bangladesh
#Kilang Besi
#kilang besi di Nilai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan