awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ingkar PKP perbuatan berdosa, pelaku seolah melakukan maksiat - Mufti Perak

Sahlizah Mohamed
Sahlizah Mohamed
26/03/2020
05:30 MYT
Ingkar PKP perbuatan berdosa, pelaku seolah melakukan maksiat - Mufti Perak
Beliau turut memberi penerangan bahawa suasana tidak kondusif yang menghalang umat Islam melaksanakan solat fardu secara berjemaah di masjid dan surau kerana musibah diklasifikasikan sebagai keuzuran syarie.
MUFTI Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memberi ingatan bahawa tindakan individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang disarankan kerajaan merupakan satu perbuatan berdosa.
Malah beliau berkata, pelaku yang berbuat demikian juga boleh diibaratkan seumpama telah melakukan maksiat.
“Wabak COVID-19 yang mengorbankan nyawa membawa kepada pengisytiharan PKP bermula 18 Mac lalu sehingga 14 April depan bagi mengelak jangkitan berterusan.
“Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah juga menitahkan solat Jumaat dan solat fardu tidak dilaksanakan di masjid buat sementara waktu dan hanya tiga pegawai masjid dibenarkan berjemaah sebagai memelihara syiar Islam.
“Namun masih ada yang berdegil di negeri ini dan meneruskan solat berjemaah di masjid dan surau tanpa hiraukan arahan pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan rasmi Facebook Jabatan Mufti Perak, pada Rabu.
Harussani turut menegaskan bahawa keingkaran secara sedar dan sengaja terhadap arahan pemerintah merupakan satu dosa malah pelakunya dikira melakukan maksiat.
Ia berdasarkan firman ALLAH SWT dalam Surah An-Nisa ayat 59.
“Perbuatan melaksanakan solat fardu berjemaah di masjid dan surau atas sangkaan meraih pahala berganda tanpa hiraukan arahan pihak berkuasa merupakan tindakan yang jelas bertentangan dengan syarak.
“Pihak berkuasa berhak memutuskan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemaslahatan dan kebaikan umat walaupun bertentangan dengan dengan kehendak peribadi,” jelasnya.
Beliau turut memberi penerangan bahawa suasana tidak kondusif yang menghalang umat Islam melaksanakan solat fardu secara berjemaah di masjid dan surau kerana musibah diklasifikasikan sebagai keuzuran syarie.
Tambahnya, sebarang persoalan mengenai pahala dan fadilat perlu diserahkan kepada Allah SWT yang memberikan setiap ganjaran untuk amal kebaikan dilakukan oleh manusia.
Topic Berkaitan
#coronovirus
#COVID-19
#COVID19
#Facebook
#koronavirus
#Mufti Perak
#perintah kawalan pergerakan
#Sultan Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan