awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini mesej terakhir Ali Hamsa sebelum bersara

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
28/08/2018
09:16 MYT
Ini mesej terakhir Ali Hamsa sebelum bersara
Beliau menasihati mereka supaya sentiasa menjalankan amanah dengan penuh dedikasi kepada kerajaan semasa. - Foto Fail Astro AWANI / Shahir Omar
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa menasihati penjawat awam supaya meletakkan dedikasi dan integriti sebagai kepentingan utama.
Beliau yang merakamkan terima kasih kepada semua penjawat awam turut menasihati mereka supaya sentiasa menjalankan amanah dengan penuh dedikasi kepada kerajaan semasa.
"Dedikasi dan integriti perkhidmatan awam adalah penting. Kami senantiasa menjalankan amanah sebaiknya dalam mentadbir negara dan menjaga kebajikan rakyat.
"Ini dibuktikan melalui beberapa siri tindakan yang telah diambil sebelum ini terhadap usaha-usaha untuk menjejaskan pentadbiran kerajaan," ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau pada masa sama turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta seluruh anggota Jemaah Menteri.
"Saya juga ingin memanjangkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin, serta seluruh anggotanya atas nasihat dan pandangan yang diberikan dalam memastikan tadbir urus kerajaan di landasan terbaik," ujarnya.
Beliau turut berharap supaya bakal penggantinya Datuk Seri Ismail Bakar dapat menjalankan tugas sebaik mungkin dan meneruskan rekod cemerlang Pejabat Ketua Setiausaha Negara.
Ali, 63, dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara pada 2012 dan merupakan penjawat awam tertinggi yang dikekalkan kerajaan baharu pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lalu.
Topic Berkaitan
#Ali Hamsa
#bersara
#ismail bakar
#Mahathir Mohamad
#penjawat awam
#pilihan raya umum
#PRU14
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan