awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun M dedah detik cemas sebelum dikejarkan ke IJN pada Januari
Lawatan Negara: Prabowo tiba di Paris, adakan pertemuan dengan Macron
Anwar rakam takziah atas pemergian legenda muzik India Asha Bhosle
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inisiatif kemasukan percuma lokasi pelancongan kepada penjawat awam, badan beruniform di Melaka

Bernama
Bernama
26/02/2026
04:11 MYT
Inisiatif kemasukan percuma lokasi pelancongan kepada penjawat awam, badan beruniform di Melaka
- Gambar hiasan/Adobe Stock
Melaka memperkenalkan inisiatif kemasukan percuma ke lokasi pelancongan terpilih sempena 11 sambutan membabitkan penjawat awam dan badan beruniform kepada mereka yang bertugas di negeri itu.
Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka Nasrul Ahmad berkata inisiatif eksklusif itu sebagai tanda penghargaan terhadap jasa serta komitmen anggota perkhidmatan awam dengan melibatkan produk pelancongan di bawah agensi pelancongan negeri.
“Kerajaan negeri bersetuju memperkenalkan beberapa insentif baharu di bawah Skim Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Pelancongan dan ini sebagai tanda penghargaan terhadap penjawat awam dan anggota badan beruniform yang menjadi tulang belakang kepada pentadbiran kerajaan negeri.
"Langkah ini juga bagi memperluas penyertaan rakyat dalam arus pembangunan industri pelancongan negeri pada 2026,” katanya kepada Bernama.
Mengulas lanjut Nasrul berkata setiap penjawat awam layak memilih satu lokasi pelancongan untuk menikmati tiket masuk percuma manakala pasangan serta anak-anak mereka diberikan diskaun 50 peratus.
Beliau berkata bagi menikmati kemudahan berkenaan, penjawat awam hanya perlu membawa dan mengemukakan dokumen pengesahan kerja di kaunter lokasi pelancongan dipilih.
"Tiket percuma ini boleh digunakan dalam tempoh sebulan dari tarikh setiap sambutan yang ditetapkan, sebagai contoh, sambutan Hari Kastam baru-baru ini, mana-mana mereka yang layak boleh menebus tiket tersebut dalam tempoh 30 hari," katanya.
Nasrul berkata pelaksanaan inisiatif berkenaan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 20,000 penjawat awam berserta keluarga masing-masing membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM1.7 juta.
Beliau berkata 11 sambutan terlibat dalam inisiatif itu ialah Hari Kastam (26 Jan), Hari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (24 Mac), Hari Polis (25 Mac), Hari Jabatan Pengangkutan Jalan (1 April) dan Hari Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (17 April).
Ia diikuti Hari Bomba (4 Mei), Hari Jururawat (12 Mei), Hari Guru (16 Mei), Hari Imigresen (21 Julai), Hari Angkatan Tentera Malaysia (20 Sept) dan Hari Doktor (10 Oktober).
Nasrul berkata menerusi inisiatif berkenaan, ia bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan penjawat awam dan keluarga, malah merancakkan lagi sektor pelancongan domestik Melaka sejajar dengan perancangan pembangunan industri pelancongan negeri tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancongan
#penjawat awam
#Melaka
#Skim MeSRa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan