awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
New Zealand bersiap hadapi Taufan Vaianu, pemindahan diperintah di Pulau Utara
KPDN Johor bongkar kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi di Masai
Suspek gangguan seksual tren ditahan kurang 24 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inisiatif tubuh Jawatankuasa Kluster Indikator Keterjaminan Makanan diperhalusi - Mohamad

Bernama
Bernama
03/10/2024
20:15 MYT
Inisiatif tubuh Jawatankuasa Kluster Indikator Keterjaminan Makanan diperhalusi - Mohamad
Mohamad berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara pada Khamis. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Penubuhan Jawatankuasa Kluster Indikator Keterjaminan Makanan Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara bagi memudahcara pembangunan, pengurusan dan pemantauan data merupakan antara inisiatif keterjaminan makanan yang sedang diperhalusi.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam kenyataan pada Khamis berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara pada Khamis.
Beliau berkata, inisiatif lain termasuk memperkasakan industri akuakultur menerusi pembangunan kawasan Zon Industri Akuakultur (ZIA) bagi memenuhi peningkatan permintaan domestik dan menggalakkan eksport melalui naik taraf infrastruktur serta galakan pelaburan.
Selain itu, turut dicadangkan pembangunan industri ruminan negara melalui Pemerkasaan Program Pembangunan Ruminan bagi mencapai Kadar Sara Diri (SSR) 25 peratus bagi daging lembu dan kerbau menjelang 2030.
Mesyuarat itu turut memperhalusi inisiatif mengukuhkan pengurusan kerintangan antimikrob (AMR) melalui penambahbaikan polisi dan garis panduan pelepasan efluen bagi sektor pertanian, ternakan dan akuakultur serta pelaksanaan penyelidikan berterusan berhubung impak dan mitigasi bahan cemar AMR.
Mohamad berkata, pendekatan Whole of Government, Whole of Society (WoGoS) amat penting bagi memantapkan aspek keterjaminan makanan dalam berhadapan dengan persekitaran yang sentiasa berubah, tidak menentu, rumit dan samar (VUCA).
Justeru, beliau berkata, saranan konstruktif yang diketengahkan dalam mesyuarat itu akan ditambah baik sebelum diangkat untuk pertimbangan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara kelak. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelaburan
#WoGoS
#VUCA
#sektor pertanian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan