awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues Zara Qairina: Saksi dedah arwah dipanggil ke dorm lain, nafi tuduhan mencuri - Peguam

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
23/09/2025
10:51 MYT
Inkues Zara Qairina: Saksi dedah arwah dipanggil ke dorm lain, nafi tuduhan mencuri - Peguam
Peguam Shahlan Jufri berkata, mahkamah diberitahu sebaik kembali ke biliknya sekitar jam 9 malam, Zara menangis dan menjerit menafikan tuduhan berkenaan. - Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Saksi pertama, iaitu Pelajar A, memaklumkan kepada Mahkamah Koroner pada prosiding inkues kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir hari ini bahawa Allahyarham telah dipanggil ke sebuah dorm lain pada malam 15 Julai lalu untuk disiasat berhubung satu kes kecurian.

Ringkasan AI
  • Pelajar A memberitahu mahkamah bahawa Zara Qairina dipanggil ke dorm lain pada malam 15 Julai untuk disiasat berhubung kes kecurian, dan menangis sambil menafikan tuduhan selepas kembali ke biliknya.
  • Menurut keterangan, tiada rakan dorm yang cuba menenangkan Zara walaupun kejadian berlaku ketika semua masih belum tidur.
  • Keterangan Pelajar A selesai jam 3.30 petang, prosiding akan diteruskan esok dengan saksi kedua ditemani ibunya, manakala dua lagi saksi dijangka dipanggil seterusnya.

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara, Shahlan Jufri berkata, mahkamah diberitahu sebaik kembali ke biliknya sekitar jam 9 malam, Zara menangis dan menjerit menafikan tuduhan berkenaan.
“Pada ketika itu, Zara ada menggunakan beberapa perkataan bagi menafikan tuduhan tersebut selepas balik semula ke biliknya.
"Malangnya, tiada seorang pun rakan dorm yang cuba menenangkan beliau, meskipun ketika itu semua ahli dorm masih belum tidur,” katanya ketika ditemui media selepas prosiding di sini hari ini.
Maklumnya lagi, saksi turut menyatakan selepas insiden itu dia tidak lagi melihat Zara kerana telah masuk tidur.
Dalam pada itu, Shahlan menjelaskan, setakat ini pihaknya berpuas hati dengan keterangan Pelajar A kerana ia menggambarkan situasi sebenar yang berlaku selepas arwah disiasat.
“Kita tahu, selepas siasatan Zara menangis di lantai biliknya sambil menafikan penglibatan dalam kes kecurian itu. Semua ahli dorm menyaksikan kejadian berkenaan, namun tiada seorang pun tampil untuk menenangkan beliau,” katanya.
Keterangan Pelajar A selesai diberikan kira-kira jam 3.30 petang tadi.
Prosiding akan bersambung esok dengan saksi kedua yang akan ditemani ibunya sebagai pendamping, manakala pihak pendakwaan dijangka mengemukakan dua lagi saksi seterusnya.
Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di sekolahnya awal pagi pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokannya di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini yang berpunca daripada kecederaan otak traumatik teruk dengan komplikasi hiposia iskemia (HIE).
Topic Berkaitan
#Zara Qairina Mahathir
#Inkues Zara
#Pelajar A
#inkues
#mahkamah koroner
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan