awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden kematian kucing: Pihak universiti jalankan operasi dalaman tangani anjing liar

Bernama
Bernama
10/01/2025
05:50 MYT
Insiden kematian kucing: Pihak universiti jalankan operasi dalaman tangani anjing liar
ACP Ku Mashariman pada sidang media mengenai pelupusan barang kes di Ibu Pejabat Daerah Brickfields, Kuala Lumpur, hari ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pihak sebuah universiti awam di ibu negara yang terlibat dalam insiden kematian kucing akibat serangan anjing liar telah melakukan operasi dalaman bagi menangani kehadiran anjing liar di kawasan universiti berkenaan.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata pihak universiti itu sentiasa memaklumkan kepada polis mengenai tindakan mereka untuk membasmi anjing liar selepas mendapati haiwan tersebut memang banyak terdapat di dalam kawasan mereka.
"Itu ialah tindakan dalaman pihak pengurusan universiti kerana mereka juga ada bahagian keselamatan dan veterinar sendiri dan seperti diketahui tindakan menangkap anjing liar itu turut dilakukan dengan bantuan aktivis haiwan," katanya ketika Majlis Pelupusan Barang Kes di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini hari ini.
Beliau berkata keputusan bedah siasat terhadap bangkai seekor kucing seperti dalam laporan polis yang diterima pada 2 Jan lepas menunjukkan kematian disebabkan gigitan haiwan liar, menjadikan lima ekor kucing ditemui di universiti itu disahkan mati akibat serangan berkenaan.
Polis sebelum ini dilaporkan telah merakam 11 percakapan daripada pensyarah, penuntut, polis bantuan, aktivis haiwan dan doktor veterinar.
Pada 5 Jan lepas, media melaporkan seekor lagi kucing turut ditemui mati di kawasan universiti itu namun tiada siasatan dijalankan kerana ia adalah perbuatan anjing liar.
Dalam pada itu, Ku Mashariman berkata pelupusan pada hari ini membabitkan 1,874 barang kes daripada 101 kertas siasatan bagi 2019 hingga 2024 dengan nilai keseluruhan RM387,227.
"Kesemua barangan yang dilupuskan pada hari ini melibatkan dua bahagian iaitu Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial," katanya.
Antara yang dilupuskan ialah pistol udara bersama bebola besi, telefon bimbit, komputer, rokok dan minuman keras.
Turut hadir Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Rosli Ahmad dan Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur Sabri Othman.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ku Mashariman Ku Mahmood
#kematian kucing
#anjing liar
#universiti awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan