awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden Sesak Nafas: JAS tumpu tapak pelupusan sampah pula

Bernama
Bernama
23/06/2019
21:00 MYT
Insiden Sesak Nafas: JAS tumpu tapak pelupusan sampah pula
Selain tapak pelupusan haram, JAS juga akan memeriksa semula kawasan Sungai Kim Kim (gambar) yang terjejas akibat pembuangan sisa buangan kimia pada Mac lepas.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan melakukan pemantauan agresif terhadap tapak pelupusan haram di Pasir Gudang hari ini, bagi mengenalpasti punca sebenar berlaku insiden sesak nafas di beberapa buah sekolah sejak Khamis.
Ini susulan JAS percaya tapak pelupusan itu turut berpotensi menyumbang kepada punca kejadian.
Pengarahnya Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata selain tapak pelupusan haram, pihaknya juga akan memeriksa semula kawasan Sungai Kim Kim yang terjejas akibat pembuangan sisa buangan kimia pada Mac lepas.
"Kita takut orang buang sesuatu somewhere, sebab itu kita akan buat rondaan (pemantauan) dengan menggunakan drone dan kaedah lain," katanya yang dihubungi Bernama di sini, pada Ahad.
Beliau berkata dijangkakan seramai 150 anggota penguatkuasa akan terbabit dalam operasi tersebut.
"Kita juga akan mendapatkan bantuan daripada syarikat konsesi JAS untuk menggunakan mobile unit mereka bagi memantau kualiti udara dengan parameter yang lebih menyeluruh," katanya.
Beliau berkata buat masa ini, pemantauan pihaknya tertumpu di sekolah yang terjejas dan kilang berdekatan dengan kekerapan pemeriksaan adalah setiap empat jam menggunakan alat 'multi gas detector'.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#haram
#Jabatan Alam Sekitar
#JAS
#kilang
#multi gas detector
#Operasi haram
#Pasir Gudang
#pemantauan
#pencemaran air
#Penguatkuasa
#sekolah
#sesak nafas
#Sungai Kim Kim
#tapak pelupusan sampah
#tragedi kim kim
#Wan Abdul Latiff Wan Jaffar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan