awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Integriti tetap jadi elemen utama SOP Jabatan Imigresen - Mustafar Ali

Israr Khalid
Israr Khalid
01/08/2016
12:21 MYT
Integriti tetap jadi elemen utama SOP Jabatan Imigresen - Mustafar Ali
Ketua Pengarah Imigresen yang baharu, Datuk Seri Mustafar Ali (dua, kanan) disambut para pegawai ketika tiba pada majlis lapor tugas di Jabatan Imigresen Malaysia hari ini. - Foto Bernama
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia yang baharu, Datuk Seri Mustafar Ali berkata beliau komited untuk memastikan integriti menjadi elemen yang diutamakan dalam jabatan tersebut.
Tegasnya, semua pegawai dan kakitangan jabatan itu adalah aset yang perlu memiliki kualiti tinggi dalam menghasilkan perkhidmatan cemerlang dan memastikan keperluan pelanggan dipenuhi.
"Walaupun pasti ada segelintir (yang tidak berintegriti), tapi itu yang kita akan tangani sebagai satu elemen yang akan diutamakan.
"Mereka ini adalah aset, dan kita mahu angkat martabat aset ini ke arah lebih tinggi supaya kesinambungan pelaksanaan kerja dapat ditambah baik," katanya selepas menyempurnakan majlis rumah terbuka Aidilfitri Jabatan Imigresen Malaysia 2016 di sini, hari ini.
Katanya lagi, perkhidmatan yang cemerlang juga turut terhasil daripada penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) serta pengurusan yang cekap.
Dengan itu katanya, jabatan itu dapat terhindar daripada terpalit dengan sebarang isu negatif termasuk salah tadbir, rasuah, penyelewengan dan sebagainya.
Mustafar pagi tadi memasuki ibu pejabat Jabatan Imigresen Malaysia untuk secara rasmi memulakan tugasnya sebagai Ketua Pengarah jabatan tersebut yang baharu.
Beliau yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menggantikan Datuk Seri Sakib Kusmi yang ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Topic Berkaitan
#Ketua Pengarah Imigresen
#Mustafar Ali
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan