awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun M dedah detik cemas sebelum dikejarkan ke IJN pada Januari
Lawatan Negara: Prabowo tiba di Paris, adakan pertemuan dengan Macron
Anwar rakam takziah atas pemergian legenda muzik India Asha Bhosle
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran lancar peluru berpandu balistik ke arah pangkalan AS-UK di Lautan Hindi - Laporan

Bernama
Bernama
21/03/2026
05:07 MYT
Iran lancar peluru berpandu balistik ke arah pangkalan AS-UK di Lautan Hindi - Laporan
Diego Garcia terletak kira-kira 4,000 kilometer (2,484 batu) dari Iran. - Gambar fail/Reuters

Iran melancarkan dua peluru berpandu balistik jarak sederhana ke arah Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera bersama Amerika Syarikat (AS)-United Kingdom (UK) yang strategik di Lautan Hindi, lapor Anadolu Ajansi yang memetik Wall Street Journal pada Jumaat.

Menurut portal berita itu, tiada peluru berpandu yang mengenai pangkalan berkenaan dengan satu daripadanya mengalami kerosakan ketika di udara, manakala sebuah kapal perang AS cuba memintas satu lagi peluru berpandu menggunakan misil SM-3. Journal yang memetik pegawai AS menyatakan bahawa tidak dapat dipastikan sama ada usaha pintasan itu berjaya.

Tiada kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa Iran mahupun Amerika setakat ini berhubung laporan serangan tersebut.

Percubaan serangan itu dianggap signifikan kerana ia mendedahkan keupayaan ketenteraan Iran. Diego Garcia terletak kira-kira 4,000 kilometer (2,484 batu) dari Iran, iaitu dua kali ganda daripada had 2,000 kilometer yang didakwa oleh Menteri Luar Abbas Araghchi bulan lepas sebagai had yang ditetapkan sendiri oleh Tehran terhadap senjatanya.

Pulau berkenaan, yang merupakan pulau terbesar di Kepulauan Chagos di tengah Lautan Hindi, telah menempatkan kehadiran tentera bersama AS-UK sejak 1970-an dan berfungsi sebagai pangkalan bagi pesawat pengebom jarak jauh serta aset strategik yang lain.

Serangan AS-Israel terhadap Iran bermula pada 28 Feb dan dilaporkan telah mengorbankan 1,300 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu, Ali Khamenei.

Tehran telah bertindak balas dengan melancarkan serangan menyasarkan Israel, Jordan, Iraq, dan negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS.

-- BERNAMA-ANADOLU

Topic Berkaitan
#Iran
#AS-UK
#tentera
#peluru berpandu
#Diego Garcia
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan