awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan plastik, pembungkusan lebih kritikal berbanding minyak - Pakar
Rusia harap usaha diplomatik berhubung Iran diteruskan - Lavrov
Subsidi bahan api cecah RM200 juta sehari, beban negara semakin berat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran sahkan AS rampas kapal, beri amaran akan bertindak balas

Bernama
Bernama
20/04/2026
00:55 MYT
Iran sahkan AS rampas kapal, beri amaran akan bertindak balas
Iran mengesahkan tentera Amerika Syarikat telah merampas sebuah kapal milik negara itu dan memberi amaran akan bertindak balas “tidak lama lagi." - Gambar fail Reuters
Iran mengesahkan tentera Amerika Syarikat (AS) telah merampas sebuah kapal milik negara itu dan memberi amaran akan bertindak balas “tidak lama lagi”, lapor Anadolu Ajansi memetik media Iran.
Menurut Fars News Agency, Markas Pusat Khatam al-Anbiya memaklumkan, tentera AS menyasarkan kapal berkenaan, melumpuhkan sistem navigasi dan kemudian menaikinya dalam insiden yang didakwa sebagai pencabulan gencatan senjata.
Jurucakap tentera Iran, Ebrahim Zolfaghari berkata, tentera AS melepaskan tembakan ke arah kapal itu sebelum menaikinya.
“Amerika Syarikat yang bertindak agresif dengan melanggar gencatan senjata dan melakukan lanun maritim, telah menyerang sebuah kapal Iran selepas melumpuhkan sistem navigasinya.
“Kami memberi amaran bahawa angkatan tentera Iran akan segera bertindak balas dan membalas perbuatan lanun bersenjata oleh tentera AS ini,” kata Zolfaghari.
Terdahulu pada Ahad, Presiden AS, Donald Trump berkata, AS telah memintas sebuah kapal kargo berbendera Iran.
“Hari ini, sebuah kapal kargo berbendera Iran bernama TOUSKA … cuba melepasi sekatan laut kami, dan ia tidak berjalan lancar untuk mereka,” kata Trump menerusi platform Truth Social.
Beliau juga berkata kapal itu mengabaikan amaran AS supaya berhenti, sambil mendakwa sebuah kapal tentera laut AS menghentikan pergerakan mereka serta-merta dengan menyerang bilik enjin.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Iran
#tentera AS
#kapal
#tindak balas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan