awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga minyak terus meningkat susulan sekatan perkapalan di Selat Hormuz
Serangan Israel ragut 24 nyawa di selatan Lubnan, 52 kawasan diserang dalam tempoh 24 jam
Polis buru tahanan warga Pakistan lari dari Penjara Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iraq buka semula ruang udara mulai Rabu selepas pengumuman gencatan senjata AS-Iran

Bernama
Bernama
08/04/2026
11:06 MYT
Iraq buka semula ruang udara mulai Rabu selepas pengumuman gencatan senjata AS-Iran
Iraq akan membuka semula ruang udaranya mulai Rabu susulan pengumuman gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam negara itu. - Gambar fail

Iraq akan membuka semula ruang udaranya mulai Rabu susulan pengumuman gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan.

Menurut Agensi Berita Iraq, keputusan itu dibuat selepas beberapa minggu penutupan yang dilaksanakan sebagai langkah berjaga-jaga susulan peningkatan konflik serantau, dengan pegawai berulang kali menyatakan risiko keselamatan terhadap penerbangan awam.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pada Selasa yang beliau bersetuju “untuk menangguhkan pengeboman dan serangan ke atas Iran selama tempoh dua minggu.”
Pengumuman itu dibuat kurang daripada dua jam sebelum tarikh akhir yang ditetapkan oleh Trump kepada Iran untuk membuka semula selat itu dan menerima satu perjanjian atau berdepan dengan apa yang disifatkannya sebagai kemusnahan “seluruh tamadun.”
Ketegangan serantau meningkat sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama terhadap Iran pada 28 Feb, yang mengorbankan lebih 1,400 orang setakat ini, termasuk Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei.
Iran pula membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta Jordan, Iraq dan negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS. Ia juga mengehadkan pergerakan kapal melalui Selat Hormuz.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Iran
#ruang udara
#Iraq
#Selat Hormuz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan