awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IRGC ancam serangan besar-besaran jika Israel terus sasar orang awam di Lubnan, Gaza

Bernama
Bernama
24/03/2026
10:21 MYT
IRGC ancam serangan besar-besaran jika Israel terus sasar orang awam di Lubnan, Gaza
IRGC menuduh Israel mengeksploitasi keadaan perang semasa untuk melakukan jenayah perang yang meluas terhadap orang awam di Palestin dan Lubnan. -Gambar fail/KHOM Malaysia
Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran mengeluarkan amaran keras untuk melancarkan serangan tanpa batasan terhadap Israel sekiranya rejim itu terus menyasarkan penduduk awam di Lubnan dan Gaza.
Menerusi kenyataan yang dipetik oleh agensi berita IRNA, IRGC menuduh Israel mengeksploitasi keadaan perang semasa untuk melakukan jenayah perang yang meluas terhadap orang awam di Palestin dan Lubnan.
Pihak berkuasa Iran menegaskan bahawa tindakan ketenteraan tersebut tidak boleh dibiarkan berterusan tanpa tindak balas yang setimpal.
Kenyataan itu turut memberi amaran bahawa sekiranya serangan ke atas orang awam tidak dihentikan, IRGC akan melancarkan serangan peluru berpandu dan dron secara besar-besaran terhadap kedudukan tentera Israel di utara negara itu serta kawasan berhampiran sempadan Gaza.
Amaran terbaharu ini meningkatkan lagi kebimbangan komuniti antarabangsa terhadap kemungkinan berlakunya pertempuran lebih hebat di rantau Asia Barat, ketika ketegangan di antara Tehran dan Tel Aviv dilaporkan berada pada tahap paling kritikal.
Topic Berkaitan
#Iran
#Israel
#IRGC
#IRNA
#Gaza
#lubnan
#Ketegangan Timur Tengah
#konflik serantau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan