awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Buah tak terusik, rupanya sudah lima hari meninggal dunia
Usaha diplomasi Malaysia dalam isu Iran wajar diberi kredit – PM Anwar
Suri rumah mengaku tidak bersalah tipu urusan tempahan barang emas RM173,500
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS, Israel serang kemudahan pengayaan uranium Natanz di Iran

Bernama
Bernama
21/03/2026
10:57 MYT
AS, Israel serang kemudahan pengayaan uranium Natanz di Iran
Kemudahan nuklear Natanz sebelum ini menjadi sasaran dalam serangan AS-Israel pada 2 Mac lepas. - Gambar Reuters
Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan ke atas kemudahan pengayaan uranium Natanz di Iran pada pagi Sabtu, menurut media tempatan Iran, lapor Xinhua.
Tiada kebocoran radioaktif dilaporkan dan penduduk berhampiran lokasi itu tidak berdepan sebarang risiko.
Sementara itu, Anadolu Ajansi melaporkan dengan memetik kenyataan yang disiarkan agensi berita separa rasmi Tasnim, bahawa Pertubuhan Tenaga Atom Iran memaklumkan kemudahan pengayaan Shahid Ahmadi Roshan turut diserang.
Ia menambah bahawa serangan itu melanggar undang-undang serta komitmen antarabangsa, termasuk Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) dan peraturan keselamatan nuklear lain.
Pertubuhan itu menyatakan bahawa penilaian teknikal dan khusus telah dijalankan oleh Pusat Sistem Keselamatan Nuklear negara itu bagi menilai kemungkinan pencemaran radioaktif di tapak berkenaan.
Menurut dapatan penilaian itu, tiada kebocoran bahan radioaktif dikesan dan tiada bahaya kepada penduduk yang tinggal berhampiran kemudahan berkenaan, menurut kenyataan itu.
Kemudahan nuklear Natanz sebelum ini menjadi sasaran dalam serangan AS-Israel pada 2 Mac lepas.
Kemudahan nuklear itu merupakan satu daripada tiga tapak yang disasarkan dalam serangan AS pada Jun tahun lepas semasa konflik dengan Iran, selain Fordow dan Isfahan.
-- BERNAMA-XINHUA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#uranium
#nuklear
#radioaktif
#penilaian teknikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan