awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel sokong AS gantung serangan ke atas Iran, tegaskan gencatan senjata tidak libat Lubnan

Faida Rahim
Faida Rahim
08/04/2026
04:14 MYT
Israel sokong AS gantung serangan ke atas Iran, tegaskan gencatan senjata tidak libat Lubnan
Israel menyokong keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk menggantung serangan terhadap Iran selama dua minggu. - Gambar fail/ Reuters
Israel menyokong keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk menggantung serangan terhadap Iran selama dua minggu, namun menegaskan bahawa gencatan senjata itu tidak merangkumi Lubnan, menurut Pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada Rabu.
Pejabat itu berkata Israel menyokong langkah Amerika Syarikat berkenaan dengan syarat Tehran segera membuka Selat Hormuz.
Kenyataan berkenaan dikeluarkan selepas Washington mengumumkan penggantungan serangan terhadap Iran selama dua minggu sebagai sebahagian usaha meredakan ketegangan dan membuka ruang kepada rundingan.
Israel turut menyatakan sokongan terhadap usaha Amerika Syarikat untuk memastikan Iran tidak lagi menimbulkan ancaman nuklear, peluru berpandu atau “keganasan” terhadap Amerika Syarikat, Israel dan jiran Arab Iran.
Dalam pada itu, Israel memaklumkan bahawa Washington telah menyampaikan komitmennya kepada Tel Aviv untuk mencapai matlamat bersama dalam rundingan yang akan datang.
Sementara itu, Iran pada Rabu berkata rundingan dengan Amerika Syarikat akan bermula pada Jumaat ini dan dijadualkan berlangsung di Islamabad.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Amerika Syarikat
#Israel
#gencatan senjata
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan