awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AMK gesa majikan laksana WFH bersasar tangani kos sara hidup
Astro Audio dekati masyarakat menerusi edaran bubur lambuk sempena Ramadan
Rakyat Malaysia di Asia Barat selamat, Putrajaya terus pantau situasi serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel tiada hak halang umat Islam beribadah di Masjid al-Aqsa - Liga Arab

Astro AWANI
Astro AWANI
16/03/2026
03:19 MYT
Israel tiada hak halang umat Islam beribadah di Masjid al-Aqsa - Liga Arab
Blok serantau itu berkata tindakan berkenaan merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan boleh membawa kesan serius terhadap keamanan serta keselamatan serantau dan antarabangsa. -Gambar fail
Liga Arab pada Ahad mengecam tindakan Israel menutup Masjid Al-Aqsa kepada jemaah, khususnya pada bulan Ramadan, sambil menegaskan negara itu tidak mempunyai hak untuk mengambil sebarang langkah yang menghalang umat Islam daripada menunaikan ibadah di masjid berkenaan, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam satu kenyataan, blok serantau itu berkata tindakan berkenaan merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan boleh membawa kesan serius terhadap keamanan serta keselamatan serantau dan antarabangsa.
Ia turut menggesa masyarakat antarabangsa supaya memberi tekanan kepada Israel agar menghentikan tindakan yang menyalahi undang-undang di tapak suci di Baitulmuqaddis serta menghormati kebebasan beribadah.
Kenyataan itu dibuat ketika Israel terus menutup Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki sejak bermulanya konflik Amerika Syarikat (AS)-Israel terhadap Iran pada 28 Feb lepas selain hanya membenarkan kira-kira 50 jemaah menunaikan solat di Masjid Ibrahimi di Tebing Barat yang diduduki.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Liga Arab
#Masjid Al-Aqsa
#jemaah
#Ramadan
#Umat Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan