awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri penunggang motosikal dirempuh hingga melambung mahu saman RM1 juta

Bernama
Bernama
01/04/2026
05:43 MYT
Isteri penunggang motosikal dirempuh hingga melambung mahu saman RM1 juta
Nor Nadia (tengah) tiba di Mahkamah Majistret Klang pada jam 9.53 pagi Rabu, diiringi peguamnya, Mohd Faizi. -Foto Sinar Harian
Isteri kepada penunggang motosikal yang maut dirempuh sehingga melambung ke atas sebuah kereta, mahu memfail saman sebanyak RM1 juta terhadap tertuduh yang didakwa membunuh suaminya, Ahad lalu.
Peguam, Mohd Faizi Che Abu yang mewakili Nor Nadia Abdul Majid, 32, berkata, jumlah sebenar dalam kes saman sivil ini belum dimuktamadkan kerana terdapat pengiraan yang perlu dibuat berdasarkan beberapa faktor.
“Di sisi undang-undang, kita tak boleh tuntut pampasan berdasarkan emosi kerana ada pengiraan yang akan diambil kira antaranya gaji dan tanggungan keluarga mangsa.
“Saya akan berbincang dengan anak guam, tetapi jumlah itu perlu dibuat berdasarkan prinsip undang-undang serta ketetapan kes-kes terdahulu,” katanya, selepas mengikuti prosiding kes pendakwaan terhadap juruteknik, R Saktygaanapathy, 28, di Mahkamah Majistret, di sini, pada Rabu.
Semasa prosiding, Saktygaanapathy mengangguk tanda faham selepas didakwa membunuh Amirul Hafiz Omar, 33, di Jalan Raya Barat, di sini pada jam 11.47 pagi, 29 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dijatuhi hukuman gantung, hendaklah disebat tidak kurang 12 kali.
Dalam pada itu, dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan memberikan dirinya dadah disyaki jenis Benzo dan Tetrahydrocannabinol (THC) ke dalam badan, di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang di sini pada jam 3.30 petang tarikh sama.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
Mengulas lanjut, Mohd Faizi yang hadir selaku peguam pemerhati berkata, mahkamah memberikan kebenaran kepada mereka untuk turut serta dalam prosiding terbabit.
Katanya, kebenaran itu sekali gus memberikan kemudahan kepada mereka untuk mendapatkan fakta yang sahih daripada mahkamah, sebelum saman dan tindakan susulan daripada pihak insurans dapat dibuat.
Beliau berkata, tertuduh dalam kes ini tidak diwakili peguam dan berkemungkinan ahli keluarga mahu pun pihak mahkamah akan melantik wakil tersebut menjelang sebutan kes akan datang. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nor Nadia Abdul Majid
#kemalangan maut
#Amirul Hafiz Omar
#R Saktygaanapathy
#saman sivil RM1 juta
#Seksyen 302
#Akta Dadah Berbahaya 1952
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan