awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu arak: 'Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, bangsa' - Kadir Jasin

Astro Awani
Astro Awani
23/10/2021
12:58 MYT
Isu arak: 'Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, bangsa' - Kadir Jasin
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A Kadir Jasin mengulas mengenai kontroversi pengeluaran arak jenama tempatan Timah. - Gambar/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A Kadir Jasin kesal apabila banyak pihak memperbesarkan isu mengenai arak berjenama 'Timah' yang mengundang pelbagai bantahan.
Beliau mendakwa, bahawa dosa akibat tindakan terhadap manusia lain seperti rasuah dan salah guna kuasa adalah lebih berat berbanding dosa meminum arak.
“Lebih ringan dosa minum arak daripada membuat dosa kepada manusia lain dengan melakukan rasuah, salah guna kuasa, menyeleweng, membazirkan duit pembayar cukai membeli kereta mewah, mencabul kehormatan, merogol dan meliwat.
“Tapi kalau orang Melayu-Islam Malaysia nak terus ‘mabuk’ berbahas dan berbalah mengenai arak, tidak ada siapa yang boleh sekat. Pilihan ada di hujung jari. Tak payah banyak guna otak pun,” ujarnya menerusi Facebook.
Beliau mengulas mengenai kontroversi pengeluaran arak jenama tempatan ‘Timah’ selepas beberapa pihak mendakwa jenama tersebut menghina agama Islam.
Jelasnya, rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang agama dan bangsa, termasuk mereka yang meminum arak sebahagian daripada amalan biasa.
“Kita kena faham semua bangsa dan kumpulan manusia ada arak masing-masing. Orang Melayu pun dari dulu lagi tahu buat arak jenis tuak,” katanya.
Sumber Facebook akadir.jasin.5
Sebelum ini, beberapa pihak menggesa supaya syarikat pengeluar tersebut untuk segera menukar jenama ‘Timah’ berserta gambar pada botol yang digunakan.
Antaranya termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad yang menggambarkan perkara sebegitu yang bersifat provokasi, selain penggunaan nama yang dikatakan boleh menimbulkan kekeliruan terhadap masyarakat dan agama.
Topic Berkaitan
#Kadir Jasin
#arak
#timah
#whiskey
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan