awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu kutipan GST: Siasatan terbuka perlu - Khairy

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
09/08/2018
09:03 MYT
Isu kutipan GST: Siasatan terbuka perlu - Khairy
KHAIRY: "Kita tidak mahu persepsi bahawa BN telah merompak duit rakyat untuk terus tersebar." - Gambar fail
Siasatan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah penting untuk membersihkan nama kerajaan sebelum ini yang diterajui Barisan Nasional (BN).
Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata persepsi bahawa wang dari kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah 'dirompak' oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini perlu disiasat bukan sahaja oleh pihak kementerian tetapi juga agensi penyiasatan yang lain.
"Kita tidak mahu persepsi bahawa BN telah merompak duit rakyat untuk terus tersebar.
"Kebenaran harus ditegakkan supaya rakyat tahu sebenarnya apa yang berlaku," kata Khairy dalam sidang media bersama wakil-wakil BN termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Ronald Kiandee. BACA: RM18 bilion kutipan GST mungkin digunakan untuk pembangunan - Zahid
Khairy berkata demikian selepas membuat laporan polis di Sentul pada Khamis.
Menurut beliau, satu laporan juga akan dibuat di SPRM esok.
Pada Rabu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat mendedahkan sejumlah RM18 bilion pengembalian cukai GST didakwa telah 'hilang' di bawah pentadbiran kerajaan BN sebelum ini.
Menurutnya, dana tersebut sepatutnya dikembalikan kepada peniaga dalam tempoh dua minggu selepas mereka memfailkan tuntutan masing-masing.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#cukai
#Dewan Rakyat
#GST
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#Khairy Jamaluddin
#Lim Guan Eng
#Malaysia
#polis
#Rasuah
#siasatan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan