awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu pekerja asing dijangka selesai dalam tiga bulan - Sivakumar

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
15/02/2023
05:30 MYT
Isu pekerja asing dijangka selesai dalam tiga bulan - Sivakumar
V Sivakumar berkata, menerusi pelan itu, proses kelulusan permohonan kuota pekerja asing serta kelulusan penggajian dapat dipercepatkan. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin dapat menyelesaikan isu kekurangan pekerja asing dalam tempoh tiga bulan dengan pelaksanaan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing.
Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, menerusi pelan itu, proses kelulusan permohonan kuota pekerja asing serta kelulusan penggajian dapat dipercepatkan.
Beliau memberitahu, inisiatif itu melibatkan beberapa sektor kritikal seperti pembuatan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan iaitu bagi subsektor restoran.
"Jadi majikan di bawah kelima-lima sektor dan subsektor tersebut boleh mengemukakan permohonan penggajian pekerja asing melalui platform Foreign Worker Centralised Management System (FWCMS) di bawah modul FWe Approval.
"Di bawah Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing ini, majikan-majikan yang memerlukan pekerja asing dibenarkan untuk menggajikan pekerja asing dari 15 negara sumber tanpa melalui prasyarat kelayakan penggajian dan kelayakan kuota yang dikenakan sebelum ini.
"Ia termasuk pengecualian proses temuduga oleh Agensi Kawal Selia (AKS)," katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Rabu.
Beliau berkata demikian kepada pertanyaan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang bertanyakan tentang usaha yang diambil untuk mempercepatkan kemasukan pekerja asing dan kelonggaran yang diberikan kepada majikan.
Mengulas lanjut, Sivakumar berkata, pengiklanan kekosongan jawatan di portal MyFuture Jobs juga telah dikecualikan berkuatkuasa serta merta.
"Kementerian Sumber Manusia akan memproses dan memberi kelulusan permohonan penggajian pekerja asing dalam tempoh tiga hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima," tambahnya.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#kekurangan pekerja
#Kementerian Sumber Manusia
#pekerja asing
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan