awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga anggota tentera Thailand cedera dalam letupan periuk api di sempadan Thailand–Kemboja
Risiko penularan virus Nipah kekal rendah — WHO
SPRM perlu kekal tegas, jangan tunduk tekanan politik - Rasuah Busters
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Pemilikan Saham: LPPR ambil maklum penjelasan Azam Baki

Astro Awani
Astro Awani
12/02/2026
05:53 MYT
Isu Pemilikan Saham: LPPR ambil maklum penjelasan Azam Baki
Mohammad Salim (foto) berpendapat bahawa keperluan pengisytiharan harta tersebut dengan jelas telah dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara menepati arahan Pekeliling Perkhidmatan Awam. -Gambar fail
Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) mengambil maklum penjelasan yang dikemukakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berhubung isu pengisytiharan pemilikan saham.
Pengerusinya, Tan Sri Mohammad Salim Fateh Din, berkata keperluan pengisytiharan harta telah dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) mengikut Pekeliling Perkhidmatan Awam, sekali gus memenuhi kehendak tatakelola rasmi perkhidmatan awam.
“Ia selaras dengan kerangka tadbir urus perkhidmatan awam yang sedang berkuat kuasa dan melalui saluran rasmi yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohammad Salim turut menegaskan bahawa integriti SPRM sebagai institusi penguatkuasaan tidak boleh dihakimi melalui tohmahan atau naratif mengelirukan yang tidak berasaskan fakta.
“Apatah lagi apabila ia mengabaikan mekanisme semak dan imbang serta peranan badan pemantau bebas yang diwujudkan oleh undang-undang,” katanya.
Beliau menambah bahawa LPPR ialah salah satu daripada lima badan pemantau bebas SPRM yang ditubuhkan di bawah Seksyen 13 Akta SPRM 2009 (Akta 694), dan memainkan peranan menasihati, meneliti serta menilai perjalanan SPRM dari sudut dasar, strategi, tadbir urus dan keberkesanan pelaksanaannya.
Dalam perkembangan berkaitan, Azam sebelum ini menjelaskan bahawa beliau telah melepaskan semua pegangan saham sejak Julai tahun lalu dan telah mengisytiharkannya melalui Sistem HRMIS kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Sebelum itu, laporan Bloomberg mendakwa Azam memiliki 17.7 juta unit saham Velocity, syarikat perkhidmatan kewangan yang tersenarai di Bursa Malaysia, berdasarkan pemfailan tahunan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 3 Februari tahun lalu.
Nilai saham itu dianggarkan hampir RM800,000 berdasarkan penutupan dagangan Isnin lalu.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#saham
#Mohammad Salim Fateh Din
#Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah
#LPPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan