awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
Iran sedia bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan - IRGC
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, labuan, 11 negeri hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu pencerobohan: Pemuda AMANAH tawar khidmat guaman percuma kepada tuan tanah

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
13/02/2026
10:12 MYT
Isu pencerobohan: Pemuda AMANAH tawar khidmat guaman percuma kepada tuan tanah
Zulsyahmi Husaini Kamarulzaman menekankan inisiatif guaman percuma tersebut memastikan hak pemilik tanah yang sah terus dipertahankan melalui saluran perundangan.
Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) menawarkan khidmat guaman secara percuma kepada mana-mana tuan tanah yang berdepan isu pencerobohan, termasuk melibatkan pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran.
Wakil Kluster KANUN Muda, KANUN Nasional, Zulsyahmi Husaini Kamarulzaman berkata, inisiatif itu bertujuan memastikan hak pemilik tanah yang sah dipertahankan melalui saluran perundangan, selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang.
Menurut beliau, setiap pertikaian berkaitan pencerobohan tanah perlu diselesaikan secara tertib di mahkamah dan bukan melalui tindakan sendiri yang boleh mencetuskan ketegangan.
“Langkah ini diambil bagi memastikan hak tuan tanah terpelihara di samping mengimbangi sensitiviti agama dan kaum dalam masyarakat majmuk,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan, usaha mempertahankan hak pemilikan tanah bukan bertujuan menimbulkan permusuhan antara kaum atau agama, sebaliknya sebagai pendidikan kepada masyarakat bahawa kebebasan beragama dan pembinaan rumah ibadat perlu mematuhi peraturan pihak berkuasa tempatan serta menghormati hak milik individu lain.
Tambahnya, penyelesaian melalui proses mahkamah merupakan pendekatan paling adil dan harmoni bagi menjamin ketenteraman awam serta mengelakkan eksploitasi sentimen oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Pemuda AMANAH turut menyeru semua pihak supaya mendapatkan kelulusan pihak berkuasa sebelum melaksanakan sebarang pembangunan bagi mengelakkan pertikaian di masa hadapan.
Mana-mana individu yang terkesan dengan isu pencerobohan tanah boleh menghubungi wakil Pemuda AMANAH atau Kluster KANUN untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#guaman percuma
#isu ceroboh tanah
#Zulsyahmi Husaini Kamarulzaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan