awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu penjaja viral di Facebook selesai, nasib penjaja terbela

Astro Awani
Astro Awani
11/08/2015
11:11 MYT
Isu penjaja viral di Facebook selesai, nasib penjaja terbela
Gambar yang dimuat naik oleh seorang pemuda yang menunjukkan seorang penjaja wanita dengan barang-barang jajanya yang berselerak sambil diperhatikan penguatkuasa MBI. - Foto Facebook
Isu seorang penjaja kacang putih kononnya dibuli oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang menjadi viral sejak Ahad lalu dianggap selesai, manakala nasib penjaja itu terbela.
Selepas seorang pelajar kolej membuat permohonan maaf kerana memuat naik status tidak tepat sehingga mencemar kredibiliti penguatkuasa MBI, hari ini, Pergerakan Pemuda MIC tampil untuk membantu penjaja berkenaan.
Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, C. Sivarraajh berkata, pihaknya akan memberi bantuan kewangan bagi membolehkan, penjaja berkenaan, S. Selvajanaki membeli bekalan jualan.
Manakala, Ketua Pemuda MIC Perak, M. Veeran pula berjanji untuk membantu penjaja itu mendapatkan lesen perniagaan yang sah.
Veeran yang juga Ahli Majlis MBI berharap peristiwa itu akan menjadi pengajaran kepada semua pihak, khususnya penjaja dan peniaga kecil supaya mematuhi peraturan, di samping memiliki lesen yang sah.
"Puan Janaki telah berjanji dia akan memohon lesen dan saya akan membantu dia untuk mendapatkan lesen perniagaan bergerak," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan semula motosikal roda tiga milik penjaja itu yang disita di Bahagian Penguatkuasa MBI, di sini, pada Selasa.
Veeran menasihatkan para peniaga di sekitar Bandaraya Ipoh supaya jangan berniaga sekiranya tiada lesen yang sah.
"Kalau sesiapa perlukan lesen datang jumpa saya, tidak mengira kaum, orang India, Melayu atau Cina, saya sudi membantu sebagai Ahli Majlis Bandaraya Ipoh," tambahnya.
Sementara itu, Selvajanaki ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menyelesaikan masalahnya.
Topic Berkaitan
#C Sivarraajh
#M Veeran
#MBI
#penjaja kacang putih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan