awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu PTPTN: Jangan ambil 'cash' dari anak muda

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
02/12/2018
22:00 MYT
Isu PTPTN: Jangan ambil 'cash' dari anak muda
WAN AGYL: PTPTN harus kerjasama dengan KWSP bagi pembayaran balik hutang PTPTN oleh anak muda. - Astro AWANI
Jika kerajaan mengambil wang tunai daripada tangan anak muda yang baru bekerja bagi membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), ia akan menyekat kebebasan mereka untuk berbelanja.
Itu pandangan Pengarah Strategik Pemuda UMNO, Wan Agyl Wan Hassan, ketika berhujah dalam program Debat AWANI yang bertajuk PTPTN: Kenapa Susah Sangat Nak Bayar Hutang? terbitan Astro AWANI yang berlangsung di Bukit Kewangan, pada Ahad.
Justeru, Wan Agyl menyarankan kerajaan laksana kerjasama antara PTPTN dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kurangkan beban anak muda dalam menyelesaikan pembayaran balik hutang PTPTN.
"Pembayaran balik hutang PTPTN boleh dilaksanakan dengan menggunakan akaun di KWSP yang sememangnya boleh digunakan untuk tujuan pendidikan.
"Jika ambil duit daripada orang muda, awak sekat kebebasan dia untuk berbelanja. Kos sara hidup dah tinggi, awak ambil lagi duit daripada mereka. RM2,000 belum kena cukai pendapatan, jika sampai RM4,000 dan ke atas progresif sehingga 15 peratus kena potong sampai RM750.
"Cukai pendapatan dan KWSP kena potong, belum kira yang mahu berumahtangga dan membeli kereta?" katanya lagi.
Kerajaan pada 23 November lalu telah mengumumkan potongan gaji bagi pinjaman PTPTN sebanyak RM40 atau dua peratus sebaik gaji peminjan mencecah RM2,000 sebulan.
Topic Berkaitan
#Debat AWANI
#gaji
#hutang
#kerajaan
#kos sara hidup
#KWSP
#PTPTN
#Wan Agyl Wan Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan