awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu setinggan di Kampung Dato Harun selesai

Sinar Harian
Sinar Harian
12/03/2023
11:38 MYT
Isu setinggan di Kampung Dato Harun selesai
Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keluarga yang terdiri daripada peneroka memperoleh kediaman menerusi Skim Smart Sewa hasil penyelesaian menang-menang bersama pemaju. - Gambar fail/BERNAMA
PETALING JAYA: Kerajaan Selangor bertindak proaktif menyelesaikan isu penempatan setinggan yang membelenggu 249 keluarga di Kampung Dato Harun, PJS 1 di sini sejak 15 tahun lalu.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keluarga yang terdiri daripada peneroka memperoleh kediaman menerusi Skim Smart Sewa hasil penyelesaian menang-menang bersama pemaju.
“Mereka diberi tawaran pemilikan rumah dan konsepnya adalah sewa milik. Ini adalah kaedah sewaan (kepada penerima) kemudian baru pemilikan.
“Isu paling penting di sini kita dapat selesaikan masalah setinggan yang tertunggak hampir 15 tahun. Baru sekarang kita dapat selesaikan hasil kerjasama pemaju terbabit,” kata Amirudin.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jelajah #Kita Selangor Penyayang di Padang Permainan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Desa Mentari 3 Petaling Jaya hari ini pada Ahad.
Skim Smart Sewa To Ownership (2STAY) diperkenal Kerajaan Selangor pada 2016 bagi membantu golongan berpendapatan rendah (B40) memiliki kediaman sendiri pada harga kurang RM200,000.
Skim dua fasa itu meliputi Smart Sewa dengan tempoh sewa minimum dua hingga lima tahun dan tempoh pemilikan di bawah ‘Rent to Own’.
Penyewa yang membeli kediaman tersebut menerima 30 peratus bayaran sewa terkumpul dan dijadikan wang pendahuluan serta baki perlu dijelaskan secara ansuran.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#Kampung Dato Harun
#isu penempatan setinggan
#Skim Smart Sewa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan