awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu sindiket 'Fly' KLIA, peruntukan banjir tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini

Astro Awani
Astro Awani
03/08/2025
23:00 MYT
Isu sindiket 'Fly' KLIA, peruntukan banjir tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Persidangan Dewan Rakyat kali ini dijadual berlangsung selama 24 hari, sehingga 28 Ogos. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Langkah menyeluruh bagi menangani isu rasuah dan penyelewengan melibatkan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi antara fokus utama Sidang Dewan Rakyat hari ini, susulan pendedahan kes sindiket 'Fly' dan 'U-turn' yang mencetuskan kebimbangan awam.

Ringkasan AI
  • Isu rasuah Imigresen KLIA dibangkitkan di Parlimen: Lee Chean Chung meminta penjelasan Menteri Dalam Negeri tentang langkah penyelesaian dan tempoh masa isu sindiket 'Fly' dan 'U-turn'.
  • JPJ dan plat khas turut jadi perhatian: Rushdan Rusmi mahu penjelasan tentang garis panduan kelulusan plat khas serta kutipan hasil penjualan dalam lima tahun terakhir.
  • Pengurusan banjir & komunikasi bencana dibincang: Chow Kon Yeow dan Datuk Ali Biju gesa penambahbaikan sistem penyelenggaraan sungai serta peluasan sistem komunikasi PRIME di Sabah dan Sarawak.

Menurut aturan urusan mesyuarat yang disiarkan di portal rasmi Parlimen, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung (PH), membangkitkan persoalan tersebut kepada Menteri Dalam Negeri dalam sesi soal jawab.
Beliau turut meminta penjelasan mengenai tempoh masa yang diperlukan untuk menyelesaikan isu berkenaan secara tuntas.
Dalam sesi sama, Rushdan Rusmi (PN–Padang Besar) mengemukakan soalan kepada Menteri Pengangkutan berhubung garis panduan dan kriteria Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam meluluskan siri plat nombor khas.
Beliau juga meminta perincian jumlah kutipan hasil penjualan plat khas yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, dan entiti swasta dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Sementara itu, Chow Kon Yeow (PH–Batu Kawan) menyoal Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air mengenai penambahbaikan kaedah penyaluran peruntukan tetap secara tahunan kepada semua negeri, berbanding pemberian secara 'one-off'.
Langkah ini bertujuan memastikan pengurusan banjir dan penyelenggaraan aset air dilakukan secara lebih holistik dan berkesan.
Beliau turut meminta penjelasan sama ada kerajaan bercadang membangunkan sistem khusus bagi kerja-kerja penyelenggaraan sungai dan aset kawalan, seperti sistem maklumat rekod jalan Malaysia (MARRIS).
Dalam perkembangan lain, Datuk Ali Biju (PN–Saratok) meminta Menteri Komunikasi menyatakan perancangan kerajaan untuk memperluas sistem komunikasi radio dan internet bersepadu bergerak (PRIME) di Sabah dan Sarawak.
Beliau juga menekankan kepentingan penyelarasan sistem tersebut dengan agensi kerajaan bagi meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana.
Selepas sesi soal jawab, Ahli-Ahli Parlimen akan menyertai perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Khamis lalu.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini dijadual berlangsung selama 24 hari, sehingga 28 Ogos.
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#sindiket Fly KLIA
#banjir
#RMK13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan