awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suri rumah mengaku tidak bersalah tipu urusan tempahan barang emas RM173,500
Lelaki diberkas kes gangguan seksual di MRT Kajang
Pengawal keselamatan maut dipukul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Itali serah baton Olimpik kepada Perancis selepas “sukan yang magis”

Astro AWANI
Astro AWANI
23/02/2026
00:52 MYT
Itali serah baton Olimpik kepada Perancis selepas “sukan yang magis”
Presiden Wilayah Provence-Alpes-Cote d’Azur, Renaud Muselier (kanan), dan Presiden Wilayah Auvergne-Rhone-Alpes, Fabrice Pannekoucke, melambai bendera Olimpik semasa upacara penutupan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 di Verona, Itali. - Foto AP
Itali menutup tirai Sukan Olimpik Musim Sejuk dengan penuh meriah dalam upacara penutup di Arena Verona, sekali gus menyerahkan baton penganjuran kepada Perancis bagi edisi 2030.
Sukan yang dianjurkan bersama oleh Milan dan Cortina d’Ampezzo itu dipuji sebagai model baharu penganjuran, dengan penggunaan venue sedia ada serta operasi yang berjalan lancar.
Itali turut mencatat kejayaan tersendiri dengan rekod 30 pingat.
Presiden IOC, Kirsty Coventry, memuji penganjuran tersebut.
“Terima kasih Itali atas sukan yang begitu magis! Anda menetapkan standard baharu untuk masa depan,” katanya.
Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, menulis di X bahawa sukan ini telah memberikan “emosi yang tidak dapat dilupakan” dan meningkatkan kebanggaan negara.
Upacara penutup bertema “Beauty in Action” menampilkan persembahan penari balet terkenal Roberto Bolle serta muzik opera dan tarian oleh DJ Gabry Ponte.
Ratusan penunjuk perasaan berhimpun beberapa jam sebelum acara, membantah isu perumahan dan kesan alam sekitar berkaitan penganjuran Sukan.
Kawasan sekitar Arena Verona turut dikawal ketat dengan sekatan keselamatan.
Baton kini berpindah ke Alps Perancis, yang dijangka mengikut pendekatan Itali dengan memaksimumkan penggunaan venue sedia ada untuk mengurangkan impak alam sekitar.
Sementara itu, obor Olimpik di Milan dan Cortina d’Ampezzo akan dipadamkan sebelum dinyalakan semula bagi Paralimpik yang berlangsung dari 6 hingga 15 Mac.
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Musim Sejuk
#majlis penutup
#Kirsty Coventry
#Giorgia Meloni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan