awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Penjara Melaka catat sifar kemasukan berulang orang diparol

Bernama
Bernama
06/08/2018
20:45 MYT
Jabatan Penjara Melaka catat sifar kemasukan berulang orang diparol
Jabatan Penjara akan membantu banduan yang mempunyai baki hukuman mendapatkan pengampunan untuk dibebaskan namun ia perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan. - Gambar hiasan
Jabatan Penjara Melaka mencatatkan sifar residivis atau kemasukan berulang Orang Diparol (ODP) dalam tempoh Januari lepas hingga Ahad lalu, kata Pengarahnya Komisioner Penjara Abd Aziz Mohamad..
Beliau berkata, pelbagai usaha dilakukan Jabatan Penjara bagi memastikan banduan yang akan dibebaskan dapat kembali kepada masyarakat dan tidak terlibat dengan jenayah yang menyebabkan mereka kembali ke penjara.
Katanya, antara usaha berkenaan ialah kerjasama pihaknya dengan beberapa syarikat di negeri Melaka untuk menyediakan peluang pekerjaan untuk ODP agar mereka dapat berdikari dan mempunyai masa hadapan yang lebih baik.
"Setakat ini jumlah keseluruhan banduan dan penghuni di institusi penjara di negeri Melaka adalah 4,365 orang dan Jabatan Penjara merupakan satu organisasi penting dan kritikal terutama dalam berdepan cabaran jenayah era moden yang bersifat global.
"Penjara merupakan tempat tahanan pelbagai kategori banduan yang memerlukan pendekatan pemulihan terutama pada tahanan yang memberi ancaman kepada negara dan dunia," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka di sini, pada Isnin.
Perhimpunan berkenaan dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.
Mengulas lanjut, Abd Aziz berkata Jabatan Penjara akan membantu banduan yang mempunyai baki hukuman mendapatkan pengampunan untuk dibebaskan namun ia perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan.
"Pemilihan secara teliti banduan yang layak dibebaskan akan dibuat sebelum dipanjangkan kepada Lembaga Pengampunan Negeri untuk mendapatkan perkenan Tuan Yang Terutama Negeri Melaka," katanya.
Sementara itu, beliau berkata erti kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan secara fizikal semata-mata, sebaliknya perlu menghindari penjajahan yang lebih berbahaya iaitu penjajahan mental melalui pengaruh budaya serta amalan negatif yang berasal dari barat.
Katanya rakyat khususnya ODP yang telah dibebaskan perlu lebih menghargai erti kebebasan yang diperolehi dan berusaha menjadi seorang warganegara yang lebih baik dan dapat memberi sumbangan kepada negara serta masyarakat. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Abd Aziz Mohamad
#banduan
#Bebas
#kemasukan berulang
#kemerdekaan
#lembaga pengampunan
#Melaka
#ODP
#orang diparol
#penjara
#residivis
#sifar
#syarat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan