awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jadikan usaha pemerkasaan belia sebagai agenda penting - Mohd Hairi

Bernama
Bernama
10/11/2023
00:30 MYT
Jadikan usaha pemerkasaan belia sebagai agenda penting - Mohd Hairi
MOHD HAIRI: Di Malaysia, kami telah merombak program Rakan Muda yang memfokuskan kepada penyediaan generasi belia yang mantap. - Gambar fail/BERNAMA
KUNMING (YUNNAN): Naib Ketua Pemuda UMNO Mohd Hairi Mad Shah menyarankan agar pembangunan dan pemerkasaan belia dijadikan sebagai agenda penting bagi setiap negara.
Beliau berkata golongan belia harus diberi peranan penting dalam pembinaan negara sebagai sebahagian daripada usaha bagi membentuk masa depan negara yang cemerlang.
"Di Malaysia, pembangunan belia diterajui oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan kami telah merombak program Rakan Muda yang memfokuskan kepada penyediaan generasi belia yang mantap.
"Rakan Muda merupakan program holistik merangkumi pembangunan dan tentunya potensi belia, juga pembangunan dan semangat kesukarelawanan berdasarkan perkembangan semasa," katanya.
Mohd Hairi yang juga Exco Johor berkata demikian semasa berucap di Seminar Pemerkasaan Belia Parti Politik di Universiti Yunnan Minzu, di sini pada Khamis.
Beliau berkata selaras dengan usaha pemerkasaan belia, Malaysia juga telah membangunkan Majlis Belia.
Seminar itu dianjurkan oleh Dialog Communist Party of China (CPC) dengan penyertaan parti-parti politik negara-negara di Asia Tenggara dan Asia Selatan, dan ia dihadiri kira-kira 25 pemimpin parti politik dari rantau berkenaan.
Terdahulu delegasi dibawa melawat pameran komuniti di negara China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemerkasaan belia
#Mohd Hairi Mad Shah
#Universiti Yunnan Minzu
#Rakan Muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan